ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad Nightfuel bakal gegar Johor Sabtu ini

Views

BMW Motorrad Nightfuel acara gaya hidup BMW Motorrad Malaysia yang ulung kini kembali untuk menyatukan penggemar-penggemar motosikal premium dari seluruh negara dengan makanan dan muzik. Edisi kelima ini bakal berlangsung di medan parkir kereta Puteri Harbour Front. Dengan sesi ‘Win with BMW Motorrad’ yang akan diadakan, para hadirin juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah yang istimewa.

Pengunjung juga bakal menyaksikan BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model kenderaan terbaharunya semasa acara tersebut. Untuk menghadiri acara ini pengunjung perlu mendapatkan tiket dan pendaftaran awal dalam talian telah pun tamat pada 30 September 2018. Mereka yang telah membuat pendaftaran awal bakal menerima sehelai kemeja-T dan berpeluang  untuk memenangi pelan pinjaman yang bertempoh dua minggu bagi model BMW Motorrad yang terpilih. Pendaftaran terbuka (walk-in) juga disediakan semasa acara berlangsung nanti.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Butiran mengenai BMW Motorrad Nightfuel :

Tarikh : 6 Oktober 2018, Sabtu
Masa : 7:00 malam sehingga 11:00 malam
Lokasi : Puteri Harbour Front (Medan Parkir Kereta) Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini atau atas urusan pembelian tiket penyertaan, sila layari laman web BMW Motorrad Malaysia. Jika anda ingin menyertai konvoi yang bakal dianjurkan, sila hubungi wakil pengedar BMW Motorrad yang bertauliah berhampiran anda.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply