Jualan kereta di Malaysia mula menyusut pada bulan September selepas penguatkuasaan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) dan jenama Proton turut terkena tempiasnya. Walaupun mengalami penurunan jualan, pegangan pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) meningkat kepada 15 peratus, yang tertinggi bagi tahun ini sejak Mei 2017.
Peratusan sebenar akan disahkan selepas pengumuman rasmi oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) tetapi dari konteks sebelum ini, hasil yang diperoleh adalah sangat bagus. Jualan dari tahun ke tahun meningkat sebanyak 1 peratus dan pegangan pasaran sebanyak 4 peratus berbanding 2017, hasil yang sangat memberangsangkan memandangkan jualan bulan September selalunya perlahan.
Analisis selanjutnya menunjukkan pertumbuhan dalam pegangan pasaran sebagai sebahagian daripada trend keseluruhan Proton dari awal 2018 dengan peningkatan yang ketara pada bulan Ogos (14.5 peratus) yang telah dibawa sehingga bulan September. Proton meramalkan kesusutan TIV bagi bulan September kerana pelaksanaan GST berkadar sifar pada tiga bulan sebelum ini telah mewujudkan peningkatan jualan yang luar biasa dalam pasaran.
Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, Proton membuat keputusan untuk meminimakan impak dengan menyerap SST dan ia berjaya mencatatkan pertambahan jumlah keseluruhan jualan ke peringkat yang lebih tinggi. Produk, promosi dan publisiti selain penjimatan yang ditawarkan mendapat maklum balas yang baik daripada pembeli.
JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?
Kualiti kereta yang telah ditambahbaik sejak pelaksanaan sistem audit dari Geely serta aktiviti seperti One Tank Adventure yang diadakan baru-baru ini juga telah meningkatkan kesedaran terhadap kereta Proton selain membuktikan penjimatan penggunaan bahan api berbanding dengan pesaingnya.
Sebanyak 17 pusat cawangan telah dibuka di seluruh negara pada bulan September, menjadikan bilangan cawangan baharu sebanyak 25 cawangan setakat ini. Pada masa yang sama, permohonan yang telah diluluskan untuk membina kemudahan ini mencapai 105 cawangan, hanya kurang empat cawangan daripada sasaran 109 cawangan menjelang akhir Oktober.
Proton juga telah mengadakan sesi pratonton Proton X70 kepada pihak media dan membuka tempahannya baru-baru ini. Pada 19 September lalu satu lagi sesi pratonton pelanggan telah berlangsung di Lembah Klang dan sesi ini akan diteruskan sehingga 4 November meliputi tujuh bandar di lima wilayah di Malaysia.
Ini adalah kali pertama Proton memulakan inisiatif sebegini sebelum melancarkan model baharu dan amat berterima kasih atas maklum balas positif setakat ini. Sepanjang bulan Oktober, Proton menawarkan harga tanpa SST untuk semua kereta keluarannya selain rebat sehingga RM3,000 untuk beberapa model terpilih.
Selain itu juga, sumbangan kepada Tabung Harapan telah melebihi RM282,000 dan Proton akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM220,370, daripada kutipan RM10 bagi setiap kereta yang dijual pada bulan Julai, Ogos dan September 2018 bersama-sama dengan sumbangan sebanyak RM61,730 untuk penjualan kereta pada bulan Jun. Proton akan menghentikan kutipan dana ini setelah kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkannya pada akhir bulan September.
JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI