ARKIB

KATEGORI

Info

Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Views

Hari ini agak kecoh di aplikasi Whatsapp dengan tersebar sekeping foto ‘tangkap layar’ hantaran e-mel dari CIMB Bank. E-mel tersebut menyatakan anggaran harga Proton X70 untuk Semenanjung Malaysia setakat 13 September 2018. Harga yang disenaraikan itu bermula dari RM 90,000.00 untuk varian 1.8 AT Standard 2WD hingga RM 130,000.00 untuk varian 1.8 AT Premium 2WD.

Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan sumber tersebut dan buat masa ini anggaplah ia hanyalah anggaran harga sementara dari pihak bank bagi memudahkan mereka meluluskan pinjaman kepada penempah model tersebut. Mungkin pihak bank akan membuat anggaran harga yang lebih ‘tinggi sedikit’ daripada harga sebenar yang masih lagi rahsia ketika ini sebagai langkah selamat. Kami anggarkan julat harga Proton X70 akan berada dalam lingkungan harga Honda H-RV.

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

Berikut adalah senarai harga anggaran Proton X70 dari CIMB Bank:

  • Proton X70 1.8 AT Standard 2WD – RM 90,000.00
  • Proton X70 1.8 AT Executive 2WD – RM 100,000.00
  • Proton X70 1.8 AT Executive 4WD – RM 110,000.00
  • Proton X70 1.8 AT Premium 2WD – RM 130,000.00

Adakah senarai harga ini anda rasakan sesuai untuk SUV pertama Proton ini? Kami jangkakan julat harga Proton X70 akan berada di antara RM 85,888.00 hingga RM 115,888.00. Harga yang kami rasa sangat berbaloi dengan apa yang ditawarkan oleh kenderaan tersebut. Bagaimana pula dengan anggaran harga anda? Jom bincangkan di ruangan komen.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

9 Comments


    • apa masalahnya kalau 9 tahun? dorg kot yg bayar bkn hang.. kalau nak tolong dorg settle p 7 tahun,hang tolong dorg bayar… bkn semua org mampu dn gaji besar.. dah keperluan terpaksa jg beli wlupn gaji kecik,tula bayar p 9 tahun.. hang ni seolah2 memperkecilkn duit/kemampuan org lain


      • Saya gaji rm2500. Saya minat proton x70. Kereta proton apa yg sesuai dgn budget saya? ?
        Byr 5 tahun la berapa
        Byr 7 thn berapa?
        Xmau 9 thn. Nanti kena kecam!!?


  • Agak tak masuk akal, beza harga 2WD exec & 2WD premium sampai 30K (sebiji axia)??

    Setuju, rm85-115K julat harga yg berpatutan. Kat china Boyue 1.8T spec yg lebih kurang sama dlm rm75-96k.


  • pada pandangan saya harga antara 90k-130k memang tak berbaloi. lagipun ianya hampir sama dengan harga proton perdana 2.4. kalau boleh range price lebih kurang 80k-100k pun dikira ok dan logik juga.


  • Bagi saya harga utk siri pengenalan ini sepatutnya boleh mampu dibeli bukannya mampu dilihat sahaja. Pada pandangan saya harga patut bermula dari RM 80,000 (lowest spec) dan RM 110 (highest spec). Kalau lebih dari itu ada banyak pilihan lain ada di pasaran. Jangan jadikan kereta Proton SUV ini terlalu exclusive untuk pembeli tertentu sahaja. Proton harus fikir secara macro bukannya micro. Strategi pemasaran juga harus lebih terbuka. Kalau kita lihat sehingga hari ini cuma ada beberapa preview telah dibuat untuk mereka yang terpilih sahaja serta dapat melihat dari dekat dan menyentuh SUV tersebut. Proton harus lebih BERANI untuk siarkan teaser / iklan pendek di Media television seperti Astro, Rangkaian Media Prima untuk memikat para pembeli yang rata-rata masih sayangkan PROTON.

Leave a Reply