ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cawangan 3S Proton milik Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd yang dinaik taraf dibuka secara rasmi

Views

Baru-baru ini satu lagi cawangan 3S Proton yang telah dinaik taraf milik Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd dirasmikan. Cawangan yang dinaik taraf itu dibangunkan di tapak yang sama di mana terletaknya cawangan sedia ada. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelan Proton untuk mempamerkan bangunan yang baharu dan segar.

Terletak di Wisma Rahman Brothers, No. 6 (Lot 38266), Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor. Ia dijangka akan meningkatkan jualan dan perkhidmatan syarikat sebanyak 50 peratus. Ia dibuka selama 7 hari seminggu dan dikendalikan oleh kakitangan jualan dan servis yang berpengalaman.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

Encik Mohd Nazrin Bin Mohamad Fozi, Pengarah Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd percaya bahawa dengan imej baharu itu, cawangan akan menjadi lebih menonjol di Shah Alam, yang akan meningkatkan jualan dan servis. Cawangan ini dilengkapi dengan 12 petak penyelenggaraan, 9 servis pengangkat, 1 ruang penyerahan kereta, 14 ruangan tempat menunggu pelanggan, 14 petak tempat letak kereta pelanggan termasuk 1 petak khas bagi orang kurang upaya, ruang kanak-kanak, ruangan minuman dan istirahat dan WIFI percuma.

Seramai 12 orang kakitangan jualan, 13 orang kakitangan servis, seorang jurutukang (foreman), 5 orang juruteknik dan seorang Eksekutif Perhubungan Pelanggan berkhidmat di cawangan ini akan menanti dan sedia menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan yang mengunjungi cawangan itu nanti. Hubungi talian 03- 5614 2222 atau hantarkan emel kepada [email protected] untuk maklumat lanjut mengenai cawangan tersebut.

Waktu operasi:

Waktu Operasi:
Jualan:
Isnin – Ahad: 9pg – 7mlm
Servis:
Isnin – Jumaat: 8.30pg – 5.30ptg
Sabtu – Ahad: 8.30pg – 2.30ptg

JOM BACA >> Proton Bayu – Gambaran SUV pertama Proton rekaan Saharuddin Busri

JOM BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply