Sejak 2009, Vantage Speed Sdn Bhd telah beroperasi sebagai pengedar Proton dan mengendalikan cawangan 1S dan 2S di lokasi berasingan. Bagi memenuhi keperluan dari Proton, Vantage Speed telah mengubah suai cawangan 2S yang pada asalnya milik Magnavision Sdn Bhd menjadi pusat 4S yang baharu. Cawangan 1S miliknya di Setia Alam pula dikekalkan bertujuan untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan sedia ada di sana.
Pengarah Vantage Speed, Datuk Sri Tee Boon Kee berkata, apa yang paling penting adalah pelanggan suka berkunjung ke cawangan ini untuk membeli kereta dan menghantar servis kereta mereka. Justeru, keputusan untuk beroperasi sebagai cawangan pengedar 4S sememangnya pilihan yang tepat. Cawangan ini terletak di kawasan perindustrian di Jalan Kebun, Klang dengan kawasan seluas 2418 meter persegi, cawangan ini dilengkapi dengan 14 petak servis, 10 ruangan ketuk dan cat serta ruangan yang memuatkan sehingga 10 kenderaan di ruang pameran.
Pelanggan turut selesa dengan ruangan tempat duduk yang luas, di mana boleh memuatkan 80 tempat duduk untuk mereka. Selain itu, pusat 4S ini turut dilengkapi dengan ruangan minuman, ruangan kanak-kanak, WIFI percuma dan kawasan istirahat pelanggan yang selesa untuk mereka berehat sambil menunggu kereta mereka diservis.
JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!
Sehingga 31 Julai 2018, Proton telah meluluskan sebanyak 93 cawangan untuk menaik taraf kepada 3S dan 4S. Ini merupakan pencapaian 85 peratus berbanding sasaran untuk menaiktaraf sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini. Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton sangat positif dengan perkembangan yang berlaku dan gembira penambahbaikan cawangan berjalan seperti yang dirancang. Proton percaya cawangan-cawangan ini sudah bersedia untuk menerima kedatangan SUV pertamanya di pasaran, serta model-model yang lain pada masa akan datang.
Pada minggu lepas sahaja, Proton telah menyaksikan dua daripada cawangannya, Chan Sow Lin dan Puchong dinaik taraf dengan penampilan yang lebih segar. Rekod jualan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dilihat menunjukkan peningkatan dan pada bulan Julai, Proton berjaya mencapai lebih 31 peratus berbanding bulan sebelumnya. Proton mencatatkan jualan lebih daripada 8,000 unit kereta dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 11.7%.
Ini adalah angka rekod yang sudah lama tidak dicapai oleh syarikat sejak 30 bulan yang lalu. Proton percaya bahawa selain dari GST berkadar sifar yang diumumkan oleh kerajaan dari Julai hingga September yang menjadi salah satu punca kenaikan jualan, peningkatan ini juga disebabkan oleh kehadiran jenama yang turut meningkat di pasaran.
Proton menawarkan penjimatan besar sepanjang bulan Ogos, dengan diskaun dari RM1,500 untuk Saga, RM3,000 untuk Persona, serta RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga. Kunjungi cawangan Proton yang berhampiran untuk maklumat lanjut.
JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI