ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta nasional ketiga – Malaysia minta bantuan kepakaran dari Toyota dan Nissan

Views

Laman sesawang rasmi Astro Awani melaporkan, kerajaan Malaysia akan mendapatkan bantuan daripada pengeluar kereta Jepun seperti Nissan Motor dan Toyota Motor untuk mewujudkan kenderaan nasional ketiga. Laporan yang memetik sumber Nikkei Asian Review itu memaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapatkan kepakaran Jepun bagi memenuhi piawai moden pembuatan kereta masa kini sempena lawatan empat harinya ke Fukoka, Jepun.

Beberapa anggota delegasinya akan melawat Daihatsu, tetapi ada satu syarikat dari Malaysia yang telah menulis surat kepada Nissan dan Toyota untuk menjalinkan kerjasama. Namun begitu, Dr Mahathir masih merahsiakan nama syarikat tersebut. Daihatsu Motor merupakan hak milik penuh Toyota Motor.

Usaha untuk membangunkan projek kereta nasional ketiga itu telah mencetuskan pelbagai perdebatan. Sesetengah pemain industri menegaskan jualan tahunan kenderaan Malaysia yang kurang dari 600,000 unit tidak mewakili skala ekonomi yang diperlukan untuk pengeluaran.

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

Proton, projek kereta nasional pertama kini sebahagian sahamnya telah dijual kepada pengeluar China, Zhejiang Geely Holding selepas prestasi buruk meskipun beberapa dekad menerima bantuan kerajaan. Perusahaan Otomobil Kedua atau Perodua pula adalah usaha sama dengan syarikat Jepun, termasuk Daihatsu dan kini menjadi peneraju pasaran kereta pengeluar di Malaysia.

Tun Dr Mahathir telah memberi bayangan mengenai apakah hala tuju projek kereta nasional ketiga semasa berucap di hadapan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang menghadiri kem musim panas Japan Future Leaders School. Beliau menyifatkan kereta elektrik yang mesra alam sebagai pilihan masa depan.

Ada kemungkinan bakal kereta nasional akan menggunakan teknologi elektrik dan kebanyakan pemain industri global kini sedang giat membangunkan kenderaan tersebut. Pada pendapat kami, ia adalah satu tindakan yang tepat dan ia mungkin menjadi pencetus kepada revolusi kenderaan elektrik di rantau Asia Tenggara.

Malaysia juga antara negara yang mula menambah bilangan fasiliti pengecasan di beberapa lokasi strategik. Selain itu, kerajaan perlu menawarkan pelbagai insentif kepada syarikat pengeluar bateri kenderaan elektrik dan komponen berkaitan untuk menarik minat mereka membina kilang pengeluaran di sini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan elektrik serantau.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Terbaik.. Teruskan usaha..! Pastikan kereta national ke3 mendapat tapak di Asia tenggara sebelum ia dipasarkan.. Pastikan seluruh Asia tenggara membenarkan kereta national ketiga Malaysia dipasarkan secara besar²an ‘Tanpa sekatan’ sebelum dikilangkan.. Bagi memastikan projek kereta national ke3 berjaya..


  • adakah tun m salah satu sebab proton terpaksa dijual kepada geely? salah percaturan terhadap preve menyebabkan proton merosot dan sukar bangkit. over rules datuk syed zainal punye planning dan menyalahkan org lain bile jualan proton merudum.

    sekarang nk buat perotiga pulak. nk perbetul kesilapan atau nk bantu kroni?

    wallahua’lam


    • Protiga sebenarnya adalah salah satu syarat utama untuk kerajaan mendapat pinjaman dari jepun berjumlah lebih 1 trillion yen.. Projek protiga sangat penting untuk hubungan 2 hala Malaysia Baru – jepun.. Hubungan perdagangan jangka panjang

Leave a Reply