Pengeluar automotif dari China, Chery Holding Group Co Ltd, mengukuhkan komitmen jangka panjang di Malaysia dengan pelaburan berimpak tinggi yang akan menjadikan negara ini sebagai hab pengeluaran dan eksport serantau.
Presiden Chery International, Zhang Guibing, mendedahkan bahawa Malaysia kini menjadi tapak penting bagi pelbagai operasi Chery.
Ia merangkumi kilang pemasangan di Shah Alam, pusat R&D untuk kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) dan projek pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Beringin High-Tech Auto Valley, Hulu Selangor.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Chery juga menjadikan Malaysia sebagai pengeksport utama ke Vietnam, dengan rancangan untuk menembusi pasaran Thailand dan Turkiye tidak lama lagi.
Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua kemudahan pemasangan, satu di Shah Alam dan satu lagi di Kulim melalui kerjasama dengan Inokom.
Pelaburan terbesar setakat ini adalah Chery Smart Auto Industrial Park bernilai RM2.2 bilion, yang dijangka siap pada 2026.
Kemudahan ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran awal 100,000 unit setahun, dengan potensi meningkat hingga 300,000 unit, menjadikannya antara hab automotif terbesar di rantau ini.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Kilang ini akan menghasilkan pelbagai jenis kenderaan termasuk enjin pembakaran dalaman, hibrid palam (plug-in hybrid), EV dan EEV.
Dalam ucapannya pada Persidangan Perniagaan Antarabangsa 2025, Zhang menekankan pentingnya perniagaan meluaskan operasi ke pasaran global ekoran tekanan tarif dari AS.
Beliau berkata, Chery komited untuk berkongsi manfaat ekonomi, meningkatkan teknologi automotif dan melahirkan tenaga kerja mahir di negara yang menjadi lokasi operasinya.
Dalam ucapannya Zhang berkata, Malaysia kekal sebagai lokasi strategik Chery kerana infrastrukturnya yang baik dan tenaga kerja mahir.
Pihaknya komited untuk memperluas pelaburan, membantu pembangunan teknologi automotif tempatan serta mewujudkan pangkalan pengeluaran dan rantaian bekalan yang tidak bergantung sepenuhnya kepada China. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI