ARKIB

KATEGORI

Buletin

COMOS lancar program sewaan kereta elektrik pertama di Malaysia!

Views

1509158_450380711792312_3140283488691074438_n

CMS Consortium Ecotour Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai COMOS telah melancarkan program sewaan kereta elektrik (EV) yang telah dibuka kepada orang ramai. Yang paling menarik adalah tawaran istimewa yuran keahlian untuk setahun, hanya RM50 (harga asal RM300). Program ini juga adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia!

Mulai 16hb Mei, anda boleh menyewa kereta elektrik (EV) dengan harga serendah RM16 untuk setengah jam atau minima RM25 untuk yuran keahlian mingguan. Buat permulaan hanya 16 unit kereta elektrik (EV) Renault Zoe akan disediakan dibeberapa lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur. Inisiatif ini juga bakal memberi saingan kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Uber dan MyTeksi.

Antara lokasi yang terpilih adalah di Asia Jaya, Bangsar, Pasar Seni dan stesen LRT Ampang Park selain beberapa lagi lokasi lain di Medan Tuanku, Lorong Bunus, Lorong P. Ramlee, UTM Jalan Semarak dan Universiti Malaya. COMOS bercadang untuk menambah kenderaan (EV) mereka sehingga 1,000 unit mejelang tahun 2020 dan bercadang untuk mengembangkan operasinya ke beberapa bandar-bandar utama lain termasuk di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

Untuk menyewa, anda perlu memiliki kad COMOS dan untuk mendapatkannya anda perlu membayar yuran keahlian mengikut tempoh masa tertentu, dengan pilihan RM25 seminggu, RM50 sebulan atau RM300 setahun. Pembaharuan keahlian perlu dibuat oleh pengguna. Sehingga 16hb Mei, yuran tahunan hanya RM50 untuk 1,000 pelanggan pertama yang mendaftar!

Kereta (EV) boleh disewa untuk minima 30 minit atau satu hari, selagi dalam tempoh masa antara jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Caj penggunaan adalah RM8 untuk setiap 15 minit atau RM38 sejam. Kenderaan tersebut boleh dipulangkan dimana-mana 10 lokasi pengambilan yang juga merupakan stesen pengecas. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.comos.com.my.

* Jom kita pandu uji kereta elektrik ronda-ronda ibu kota, kalau nak tau COMOS ini antara idea daripada DSZ 🙂

VIDEO : Cara menyewa kereta elektrik (EV) COMOS

COMOS EV Car Sharing : The Pick-Up Procedure

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply