ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sasar tambah baik GCPA, tiada perancangan eksport kenderaan ke Eropah

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) menyasarkan untuk terus meningkatkan penambahbaikan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata sejak diperkenalkan pada 2018, jenama automotif nasional itu telah menyaksikan peningkatan 55 peratus dalam penambahbaikan GCPA sehingga 2023.

“Menerusi pelaksanaan sistem ini, ia turut membantu meningkatkan jualan kenderaan kami sehingga kini. Malah, tahap keyakinan pelanggan terhadap produk kami juga semakin meningkat kerana mereka tahu kereta yang dibeli tidak akan rosak disebabkan melalui audit kualiti yang ketat,” katanya pada taklimat media mengenai inisiatif kualiti Proton di Tanjung Malim, semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

GCPA ialah penunjuk untuk Audit Kualiti Produk yang menilai isu yang dihadapi pada barisan pengeluaran berdasarkan tahap keterukan.

Untuk menjalankan penilaian menyeluruh kenderaan, satu peratus daripada kereta yang lulus dalam pengeluaran harian akan dipilih untuk menjalani penilaian ini.

Sejak 2019, terdapat pengurangan sebanyak 55 peratus dalam skor audit GCPA yang menunjukkan peningkatan keseluruhan dalam kualiti pengeluaran.

Roslan berkata,Proton juga telah melaksanakan proses pengurusan kualiti pembekal piawaian global, di mana keupayaan pembekal terus dipertingkatkan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti, selamat dan boleh dipercayai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Antaranya membabitkan pembangunan kualiti produk termaju, proses kelulusan bahagian pengeluaran dan peningkatan keupayaan pembekal.

“Sejak 2019, terdapat peningkatan sebanyak 43 peratus dalam bilangan pembekal yang dapat memenuhi piawaian minimum ditetapkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Roslan semasa ditanya sama ada Proton bercadang meneroka pasaran eksport di Eropah berkata, buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk memberi tumpuan kepada rantau berkenaan.

“Ini kerana di Eropah, 70 peratus pasarannya adalah pemanduan di sebelah kiri yang memerlukan kami untuk memenuhi beberapa keperluan jika mahu mengubahnya kepada pemanduan di sebelah kiri.

“Beberapa pembaharuan ini pula akan meningkatkan kos, dan kerana itu kami tidak bercadang untuk menumpukan pasaran Eropah buat masa ini,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply