Polis sudah mengambil keterangan seorang pemandu lori membawa muatan besi yang menyebabkan kerosakan tayar lebih 30 kenderaan di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Bentong, Isnin lalu.
Dalam kejadian 10.40 malam, pihak konsesi lebuh raya menerima kira-kira 30 aduan mengenai kerosakan tayar akibat melanggar besi tajam di atas lebuh raya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima dua laporan mengenai kejadian itu semalam, dibuat pegawai peronda LPT berusia 44 tahun dan seorang pemilik kenderaan berusia 30 tahun.
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari Balakong, Selangor menuju ke Gebeng, Pahang dipercayai telah menyebabkan beberapa serpihan besi itu jatuh ke atas jalan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang kenderaan yang terbabit kejadian itu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Zaiham berkata, bertindak atas laporan polis berjaya mengesan pemandu lori iaitu lelaki berusia 28 tahun untuk membantu siasatan dan lelaki itu sudah hadir memberikan keterangan di Balai Polis Trafik Bentong pada 2 petang semalam.
Katanya, kes disiasat mengikut Rule 19 LN 166/59. Beliau turut memohon mana-mana individu yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI