ARKIB

KATEGORI

Buletin

Continental jalin kerjasama strategik dengan empat akademi automotif tempatan

Berita Tempatan

Views

Continental Tyre Malaysia telah mengumumkan kerjasama strategik dengan empat akademi automotif terkemuka, iaitu Leng Kee Auto Academy, Pro Skills Academy, Rimbunan Hijau Academy dan Techtra Automotive Academy.

Kerjasama strategik ini bertujuan untuk mewujudkan peluang dengan memperkukuh penempatan bakat dalam rangkaian kedai tayar Continental dan menangani cabaran berterusan dalam pengambilan bakat industri.

Pelajar akan meraih pengalaman praktikal dalam persekitaran kerja sebenar, sekali gus meningkatkan persediaan kerjaya mereka serta memperluas peluang pekerjaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Pengarah Urusan Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd, Andrea Somorova berkata, menerusi kerjasama dengan akademi terkemuka ini, pihaknya memupuk tenaga kerja mahir dan mewujudkan peluang kerjaya yang lebih kukuh untuk generasi akan datang.

Inisiatif ini memperkukuh kemampanan bakat dalam industri automotif dengan membekalkan generasi masa hadapan dengan kemahiran asas dan peluang pekerjaan, sambil menyediakan rangkaian kedai tayar Continental dengan sumber bakat mahir yang berterusan.

Sebagai pengeluar tayar pertama yang bekerjasama dengan akademi automotif tempatan, Continental memperluas peluang kerjaya untuk pelajar melangkaui penempatan tradisional di pusat servis pengeluar kenderaan.

Dengan menangani jurang bakat dalam industri dan berkongsi pengetahuan industri yang amat bernilai, inisiatif ini membantu membangunkan tenaga kerja yang lebih mahir dan bersedia untuk pekerjaan, sekali gus memastikan kemampanan jangka panjang industri automotif.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Kerjasama ini akan menampilkan program latihan bersama yang memberikan tumpuan kepada perkongsian ilmu antara Continental dan akademi automotif.

Pakar dari Continental akan menyediakan latihan berkaitan tayar yang menyeluruh kepada pelajar, manakala akademi akan menawarkan kursus khusus yang disesuaikan dengan keperluan industri.

Latihan silang ini merangkumi topik penting seperti peningkatan kemahiran teknikal kakitangan dan penyelenggaraan kenderaan, termasuk kenderaan elektrik (EV).

Melalui kerjasama ini, pelajar akan memperoleh kepakaran yang diperlukan untuk membina kerjaya yang dinamik dalam pasaran automotif yang semakin berkembang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply