ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu gantung operasi sehingga akhir Januari, beri pampasan kepada pembekal

Berita Global

Views

Unit pengeluaran kereta besaiz kecil Toyota Motor, Daihatsu Motor akan memberikan pampasan kepada 423 pembekal domestik yang memiliki hubungan langsung selepas penggantungan operasi pengeluaran kilangnya di Jepun selepas terpalit dengan skandal keselamatan.

Menurut jurucakap, pengeluar kereta bersaiz kecil itu menghentikan pengeluaran di kilangnya sehingga akhir bulan hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Syarikat itu akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada pembekal berdasarkan jumlah perniagaan yang lalu dan sedang berusaha untuk menilai kesan pemberhentian itu terhadap rangkaian pembekalnya yang lebih luas.

Rabu lalu, Daihatsu berkata, ia menghentikan penghantaran semua kenderaannya selepas siasatan keselamatan mendapati isu melibatkan 64 model, termasuk hampir 24 model yang dijual di bawah jenama Toyota.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Syarikat itu akan bekerjasama dengan pembekal utamanya untuk menangani kesan daripada skandal itu dan mungkin juga membantu subkontraktor kecil yang tidak menerima pampasan untuk mengakses dana sokongan daripada kementerian industri, tambah jurucakap itu.

Operasi luar negara Daihatsu banyak tertumpu di Asia Tenggara. Ia telah menyambung semula pengeluaran kereta jenama Perodua di dua kilang usaha sama yang dikendalikannya dengan pembuat kereta Malaysia, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) selepas mendapat kelulusan kawal selia, kata jurucakap itu.

Minggu lalu, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Toyota berkata, ia telah menyambung semula penghantaran daripada anak syarikatnya di Indonesia, PT Astra Daihatsu Motor. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply