ARKIB

KATEGORI

Buletin

Universiti Geely bakal dibina di Tanjung Malim – Saarani Mohamad

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Perak sudah menerima cadangan daripada syarikat kenderaan terkemuka China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bagi membina sebuah universiti di Tanjung Malim.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hasrat tersebut dikemukakan sendiri oleh pengurusan kanan syarikat berkenaan pada minggu lalu.

Menurutnya, cadangan tersebut merupakan perancangan masa depan selain pelaburan bernilai RM32 bilion yang akan dibawa masuk ke Tanjung Malim menerusi Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Di China setiap perusahaan ada satu universiti, jadi Perak akan ada satu universiti. Universiti itu nanti akan melatih melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang TVET dan teknologi automotif.

“Mereka minta kita menyediakan tempat. Kita pun sudah mencadangkan tempat kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Belia Negeri Perak di sini pada Sabtu.

Saarani berkata, menerusi kewujudan Universiti Geely itu kelak, akan ada beberapa lagi pembinaan bangunan dan institusi lain yang berkaitan dengan institusi pendidikan tersebut.

Menurutnya, Geely juga berhasrat untuk mempunyai peluang pelaburan penting di Asia Tenggara dan Perak dipilih menjadi sebagai hab.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Susulan itu juga, beliau menggesa anak muda di Perak mempersiapkan diri mengambil peluang terhadap pelaburan yang dibawa oleh Geely.

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi bagi mewujudkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian.

Menurutnya, PLANMalaysia telah bersetuju dengan cadangan lokasi berkenaan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak juga telah meluluskan serta menghantar cadangan itu ke Kementerian Ekonomi untuk diteliti.

Bagaimanapun jelasnya, lokasi sebenar tidak akan didedahkan kepada umum kerana dibimbangi menyebabkan spekulasi harga tanah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Saarani Mohamad

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply