ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tidak iktiraf transaksi dengan matawang kripto Bitcoin

Views

Sejak penularan foto di media sosial yang menunjukkan penggunaan matawang kripto Bitcoin dan Ethereum untuk pembelian kereta Proton di salah sebuah pusat jualan, pihak Proton menegaskan yang mereka tidak mengiktiraf transaksi atau tawaran sedemikian. Operasi pusat jualan tersebut juga telah digantung sementara siasatan lanjut dilakukan.

Proton mengalu-alukan kaedah inovatif untuk jualan kereta Proton untuk mengekalkan minat pelanggan. Walau bagaimanapun, Proton ingin mengingatkan rangkaian jualan agar berhati-hati serta memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam menjalankan aktiviti promosi yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply