ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely

Berita Global

Views

Berita ini kami diibaratkan sebagai “Siulam kungfu hau yeah”. Bukan apa, baru je semalam kami naikkan artikel mengenai desas-desus Daimler AG yang akan menjual 50 peratus kepentingan Smart kepada Geely. Akhirnya segala spekulasi terjawab menerusi sekeping foto yang memaparkan majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kedua-dua syarikat ini telah membentuk usaha sama 50:50 “untuk memiliki, mengendali dan membangunkan Smart yang merupakan perintis kenderaan kecil bandar sebagai peneraju dalam kenderaan elektrik-premium”. Ini merupakan satu perkembangan menarik kerana Smart yang ditubuhkan pada 1994 juga merupakan projek usaha sama antara Daimler dan pengeluar jam, Swatch.

Di bawah perjanjian usaha sama baharu ini, Smart akan membangunkan model elektrik generasi baharu yang akan dipasang di kilang EV yang baharu dibina di China. Terma kewangan usaha sama itu masih belum didedahkan, tetapi model elektrik baharu Smart dijangka memasuki pasaran pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Daimler AG Dieter Zetsche berkata, mereka akan mereka bentuk dan membangunkan generasi baharu kereta elektrik Smart yang menggabungkan pengeluaran berkualiti-tinggi dengan piawaian keselamatan yang tersohor untuk dijual ke pasaran China dan juga global.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

Pengerusi Geely Holding Li Shufu pula menambah, sebagai rakan kongsi yang setara, mereka komited untuk mempromosikan jenama Smart ke seantero dunia dan akan memanfaatkan pengalaman serta kecekapan global dalam pengurusan jenama, penyelidikan dan pembangunan, perkilangan, pengurusan rantaian bekalan dan bidang-bidang yang lain.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, reka bentuk kenderaan Smart baharu bakal mendapat sentuhan pereka Mercedes-Benz di seluruh dunia dan proses kejuruteraannya pula akan dilakukan oleh pusat global Geely. Antara pelan pembangunan kenderaan termasuklah pengembangan portfolio produk Smart ke segmen-B yang kini sedang berkembang pesat.

Sementara menantikan pelancaran EV baharu pada tahun 2020, Daimler akan terus membina kenderaan generasi semasa Smart di kilang pengeluaran Hambach di Perancis (model EQ Fortwo) dan di Novo Mesto, Slovenia untuk model EQ Forfour.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, kilang pengeluaran Hambach akan membina EV kompak EQA untuk Mercedes-Benz yang telah melabur sebanyak € 500 juta (RM 2.29 bilion) di kemudahan tersebut. Daimler dan Geely dijangka dapat memuktamadkan usaha sama tersebut menjelang akhir tahun 2019.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply