Semalam seluruh warganet digemparkan dengan model skala kecil yang dikatakan sebagai prototaip kereta terbang pertama negara. Ia telah mengundang pelbagai kecaman dan sindiran oleh “Rejimen Bawang DiRaja Malaysia” selain menjadi bahan ‘jenaka’ oleh beberapa laman di Facebook.
Menurut Aerodyne Group, sebenarnya model skala yang dipamerkan itu bukan kereta terbang tetapi sebenarnya adalah platform mobiliti udara lokasi-ke-lokasi yang direka untuk menyelesaikan masalah pengangkutan masa depan. Dengan perjalanan melalui udara, masa perjalanan akan dipendekkan sebanyak 75 peratus.
Walaubagaimanapun, mobiliti udara ini tidak direka untuk menggantikan perjalanan udara jarak jauh. Pada peringkat awal, ia tidak akan ditawarkan untuk pemilikan persendirian. Ianya akan ditawarkan menerusi model perkhidmatan dan diuruskan oleh entiti profesional komersil bagi memastikan keselamatan dan platform ini dapat menawarkan liputan yang menyeluruh.
Aerodyne Group menjangkakan perkhidmatan ini akan diperkenalkan di kawasan luar bandar terlebih dahulu sebelum memulakan perkhidmatan di dalam kawasan bandar menjelang pertengahan 2025. Projek seperti ini sebenarnya telah dibangunkan oleh beberapa syarikat atau organisasi di seluruh dunia, antaranya Airbus, Uber, Lillium, Roll-Royce, Skydrive, A.L.I dan Volo.
Mereka telah melakukan pembangunan dan ujian sejak 2 tahun lalu. Pada ketika ini, terdapat 50 bandar di seluruh dunia yang telah memulakan program mobiliti udara bandar. Sekarang adalah masa yang tepat untuk Malaysia menempa nama dalam peta global dikalangan kelompok pemikiran ke hadapan dan menjadi di antara negara yang inovatif serta muncul sebagai gergasi industri.
JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?
Kajian NASA mengenai mobiliti udara bandar bersama McKinsey menganggarkan bahawa saiz pasaran adalah USD500 Bilion (RM2.03 Trilion). Forum Ekonomi Dunia bersama dengan agensi-agensi yang mentadbir penerbangan awam dari Amerika Syarikat, UK dan Jepun menjangkakan mobiliti udara akan menjadi di antara mod pengangkutan utama menjelang 2030, dan pada 2050 dijangkakan era baru mobiliti di mana pengguna akan dapat melayari langit dengan lebih bebas.
Info ringkas mengenai Aerodyne Group:
- Aerodyne Group ialah penyedia penyelesaian berasaskan dron Malaysia.
- Syarikat ini telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu.
- Ibu pejabatnya terletak di Petaling Jaya.
- Mempunyai 260 kakitangan di seluruh dunia.
- Telah beroperasi di 24 buah negara.
- Pejabat operasi utama Aerodyne adalah di Jepun, Amerika, Australia, United Kingdom (UK), Denmark, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Chile, Arab Saudi, Rusia, Kazakstan dan India.
- Menduduki tempat pertama di Asia dan ke-7 dunia dalam senarai 20 penyedia perkhidmatan dron oleh Drone Industry Insights.
Info ringkas mengenai Vector:
- Ia merupakan sebuah platform mobiliti udara, iaitu kenderaan berasaskan VTOL (Vertical take off and landing – berlepas dan mendarat secara menegak), berkuasa elektrik dan dikawal secara autonomi sepenuhnya.
- Prototaip Vector dijangka akan memulakan penerbangan pada akhir 2019.
- Dijangka memasuki perkhidmatan bukan awam menjelang 2020 dan penggunaan awam yang terhad pada tahun 2021.
- Model konsep yang dipamerkan di LIMA 2019 adalah model skala 1:10 reka bentuk awal dan ia akan berubah dari semasa ke semasa.
- Prototaip sebenar dijangka akan siap dibangunkan pada akhir 2019.
- Masa penerbangan adalah antara 30-90 minit. (boleh terbang lebih lama dengan penggunaan teknologi bateri yang lebih baik di masa hadapan).
- Ia mampu menampung beban seberat 200kg, mampu terbang pada ketinggian 50 meter dari permukaan darat dengan kelajuan sehingga 60 km/j.
- Mempunyai tiga reka bentuk modul boleh ditukar ganti yang unik iaitu:
– Kecemasan dan Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan (ISR)
– Penghantaran kargo
– Penumpang - Dari segi pembiayaan, ianya adalah inisiatif sektor swasta sepenuhnya dan tidak ada pelaburan dari pihak kerajaan mahupun dana awam yang digunakan untuk reka bentuk kejuruteraan dan pembangunan prototaip.
- Pembangunan akhir, pembuatan dan pelaksanaan Vector akan dijalankan oleh kumpulan usaha sama yang akan diumumkan pada masa akan datang.
Jelas sekali kereta terbang yang sering diwar-warkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof adalah tidak tepat. Mungkin beliau ‘pening atau keliru’ kerana Vector sebenarnya bukanlah kereta terbang. Vector adalah lebih cenderung kepada ‘dron bersaiz besar’ yang mampu menjadi pengangkutan utama pada masa hadapan.
Jadi lupakan je lah niat anda semua untuk melihat kereta terbang sebab yang terbang tu nanti bukan sebuah kereta, tayar pun mungkin tak ada jika merujuk kepada model skala semalam. Kami berharap menteri berkenaan kena segera perbetulkan kenyataan beliau supaya ia tidak menjadi bahan perli dan jenaka lagi. Nak lebih pencerahan lagi, sila tonton video di bawah.
Video kredit Front Desk.
JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?
KLIK UNTUK BESARKAN
Siapa yg bohong? Menteri cakap kereta terbang, bwh NAP. Aerodyne ckp bukan kereta..
Klu buat ni utk tujuan export besar besaran kami rakyat ok saja. Tp kalau saja nak buat menunjuk2 lepas tu rugi, kerajaan tolong bailout, tu yg rakyat marah. Mcm projek proton tu la..