ARKIB

KATEGORI

Buletin

Generasi ketujuh BMW 3 Series diperkenalkan

Berita Tempatan

Views
Pelancaran BMW 3-series G20

Semalam BMW Malaysia telah melancarkan generasi ketujuh BMW 3 Series (G20) yang menampilkan reka bentuk yang dinamik, pemanduan yang cemerlang serta teknologi dan inovasi yang tidak terkini. Sedan sport ini diperkenalkan dalam pakej ‘M Sport’ khusus untuk pasaran Malaysia.

Rekaan ikoniknya diolah dengan interpretasi baharu yang masih mengekalkan elemen klasik seperti jeriji berbentuk ‘kidney’, lampu hadapan dan lengkok Hofmeister diolah semula untuk menzahirkan keterampilan atletik yang lebih menonjol. BMW 3 Series baharu dijana enjin petrol Turbo TwinPower 2.0 liter mampu menghasilkan 258 kuasa kuda dengan tork puncak setinggi 400 Nm dalam julat 1,550 hingga 4,400 rpm.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan yang dikemas kini dengan penggunaan bahan bakar yang berjumlah 6.4 liter setiap 100 km. Model ini dilengkapi dengan beberapa ciri keterhubungan yang bertaraf tinggi antaranya ‘BMW Intelligent Personal Assistant’ dengan fungsi Arahan Suara, kunci digital (BMW Digital Key) yang boleh membuka kunci serta menghidupkan enjin menerusi peranti pintar Android tertentu dengan teknologi ‘Near Field Communications’(NFC).

Sedan sport premium ini juga didatangkan dengan Bantuan Parkir yang turut disertakan dengan Bantuan Mengundur. Ciri ini boleh merekodkan perjalanan kereta ini setiap 50 meter, membolehkannya mengundur secara separa autonomi pada kelajuan rendah melalui ruangan yang sempit.

JOM BACA >> Vector bukan ‘kereta terbang’ – Aerodyne Group

Ia turut dilengkapi dengan pakej M Sport juga meliputi roda M Light Alloy 18 inci, Double Spoke Style 790 M, Orbit Grey dwi-warna dengan tayar bercampur, suspensi ‘M Sport’ dan angkup berwarna biru yang memaparkan logo M pada brek M Sport.

BMW 3 Series yang baharu ditawarkan dalam pilihan lima warna iaitu, Portimao Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey, Sunset Orange, dipadankan dengan warna hitam premium atau upholsteri ‘Cognac Leather Vernasca’ dan kemasan trim dalaman ‘Aluminium Tetragon’.

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 330i M Sport boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,758.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

Pemilik BMW 3 Series yang baharu ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 tahun/24 bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ -BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Harga jualan BMW 330i M Sport (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) ialah RM 328,800.00.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply