ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dihambat 28 MPV polis – Pemandu Perodua Bezza dipenjara sebulan, denda RM10,000

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta Perodua Bezza yang tular dikejar 28 unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya, dipenjara sebulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan memandu secara melulu dan menghalang tugas polis.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa menjatuhkan hukuman itu terhadap B. Anbarasan, 27 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama memandu secara melulu, Anbarasan dihukum penjara sebulan dan didenda RM5,000 serta hilang kelayakan memandu selama lima tahun.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sementara bagi pertuduhan kedua menghalang penjawat awam tertuduh didenda jumlah yang sama RM5,000.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini namun, sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda RM10,000 itu dia boleh dipenjara selama lapan bulan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply