ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart #1 terima 1,000 tempahan – Tawaran eksklusif sah sehingga 31 Disember 2023

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia mengumumkan tempahan bagi model pertamanya iaitu smart #1 telah mencecah 1,000 unit hanya dalam beberapa minggu selepas pelancarannya pada 21 November.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, perlindungan jaminan komprehensif, pakej percuma, dan tawaran pengecas rumah smartCharge adalah bukti komitmen pihaknya terhadap kepuasan pelanggan.

Tambah beliau, pasukan mereka sedang berusaha gigih untuk memastikan kereta disampaikan kepada pelanggan kami yang dihargai tepat pada masanya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Aplikasi Hello smart yang mesra pengguna memperkemaskan pengalaman pemilikan dengan memberikan penyelesaian yang menyeluruh bagi pemilik smart #1.

Bermula dari tempahan kereta, pembayaran, sehingga memulakan proses pengecasan, dan memantau status pengecasan. Bagi menyokong komitmen ini, terdapat 10 cawangan pengedar yang terletak secara strategik di 6 negeri di Malaysia.

Pengedar smart tidak hanya bertujuan untuk memudahkan proses pembelian, tetapi juga memastikan perkhidmatan pasca-pembelian terkemuka yang menawarkan bimbingan pakar kepada pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Selain itu, smart #1 dilengkapi dengan tawaran pakej jaminan yang lebih luas, termasuk Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,000km, Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8-tahun atau 150,000km, Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan, dan Jaminan Alat Ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapat manfaat daripada Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7. smart #1 ditawarkan dalam 10 pilihan warna termasuklah Atom GreyMatte (Bumbung Merah), Meta Black (Bumbung Merah), Digital White, dan Future Green.

Pembeli juga boleh mendapatkan tawaran eksklusif, termasuk Pakej Aksesori percuma bernilai RM2,000, Data Internet percuma selama 5 tahun dengan jumlah 60GB, dan tawaran ‘masa terhad’ Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply