ARKIB

KATEGORI

Buletin

“Saya akan berusaha hidupkan semula projek HSR” – Sultan Johor

Berita Tempatan

Views

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) yang pernah dibatalkan sebelum ini, dihidupkan semula.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times Singapura, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mempunyai beberapa idea cara mengembalikan projek itu ke landasan yang betul.

“Saya akan berusaha menghidupkannya semula (projek HSR).

“Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Projek HSR antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.

“Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak. Namun kerana (projek HSR) on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak,” titah baginda yang merujuk kepada anggaran kos awal RM72 bilion HSR apabila projek itu mula diumumkan pada 2013.

Bagaimanapun, projek keretapi laju sepanjang 350 kilometer itu kini dianggarkan menelan kos melebihi RM100 bilion. Pada 8 Mac lalu, Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata ia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi ia tidak akan membiayai pembinaan projek itu.

Pada Julai lalu, Pelaksanaan semula projek HSR KL-Singapura dilaporkan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman, dilaporkan berkata mandat yang diserahkan kerajaan kepada MyHSR bagi melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura itu adalah dengan pelaksanaannya tidak membabitkan kos daripada kerajaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ia bermakna, projek yang tertunda itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa menggunakan dana dan jaminan daripada kerajaan.

Pada Ogos lalu pula, Anwar dilaporkan berkata, Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek HSR kepada Singapura.

Pada 2 November lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, kerajaan sedang meneliti model pelaksanaan baharu bagi projek HSR yang dicadangkan.

Anthony dilaporkan berkata ia termasuk model pembiayaan baharu untuk menentukan sama ada mana-mana pihak swasta berminat untuk menampung kos projek, pengurusan sistem dan operasi HSR.

Pada 1 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri ketika itu, dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350 kilometer ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember 2020. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply