ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diskaun tol 10 peratus untuk pengguna lebih raya KLK dan LPT 1 pada 5 Februari ini

Info

Views

Sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad akan memberikan diskaun tol 10 peratus khusus untuk pengguna kenderaan Kelas 1. Diskaun tol ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam bermula jam 12.00 tengah malam hingga jam 11.59 malam pada Selasa, 5 Februari 2019.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemberian diskaun tol yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat sejak tahun 2011 ini bertujuan untuk menghargai pengguna Lebuhraya KLK dan LPT 1 untuk semua perayaan utama di Malaysia.

Selain diskaun, syarikat turut mengambil kesempatan dengan mengagihkan 1,500 biji buah limau kepada pemandu di Plaza Tol Gombak pada 29 Januari lalu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pengguna lebuh raya kendalian mereka. Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) juga dikeluarkan untuk rujukan pengguna yang merancang perjalanan ke negeri-negeri di Pantai Timur sempena cuti perayaan ini.

TTA ini disediakan untuk membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol (pada waktu puncak), khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak.

Waktu-waktu puncak di mana trafik dijangkakan membanjiri Lebuhraya KLK & LPT1 sempena cuti Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini adalah pada:

  • 1 Februari (mulai jam kira-kira 9 pagi) dan 4 Februari (mulai jam kira-kira 3 petang) untuk trafik menghala ke pantai timur.
  • 9 dan 10 Februari antara jam 3 petang hingga 12.00 tengah malam (untuk trafik menghala ke arah Kuala Lumpur).

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

Mereka yang menuju ke Kelantan dan Terengganu pada 2 dan 3 Februari ini disarankan untuk masuk ke lebuh raya sama ada pada jam 6 hingga 10 pagi ATAU antara 5 petang hingga 8 malam. Bagi yang ingin menuju ke Pahang pada tarikh yang sama pula boleh memulakan perjalanan antara jam 12 tengah hari hingga 3 petang ATAU pada jam 7 petang hingga 11 malam.

Untuk kembali semula ke ibu kota antara 8, 9 dan 10 Februari, pengguna dari Pahang boleh memilih sama ada untuk memulakan perjalanan antara jam 6 hingga 10 pagi ATAU antara 7 petang hingga 11 malam. Pada tarikh yang sama, pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 8 hingga 11 pagi ATAU antara 8 hingga 10 malam, manakala pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 6 petang hingga 10 malam ATAU antara 9 malam hingga 12 tengah malam. (Sila rujuk TTA yang disertakan).

Seperti mana musim perayaan sebelumnya, orang ramai dan pengguna yang ingin menuju ke pantai timur boleh mendapatkan jadual TTA di laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

Syarikat turut ingin menasihati pengguna untuk sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go (TnG) dan eWallet RFID mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Perkhidmatan tambah nilai kad di lorong tol akan ditutup sekiranya trafik mulai padat.

Untuk menambah nilai atau membeli kad TnG, pengguna boleh melakukannya di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) di Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak, Temerloh dan Kuantan dari jam 7 pagi-10 malam setiap hari.  Selain itu, mereka juga boleh menambah nilai di kios layan diri di Hentian Sebelah Gombak (arah barat), Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Genting Sempah, R&R Temerloh (arah timur dan barat) dan di Plaza Tol Gambang.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply