ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

Berita Tempatan

Views

Petang tadi Proton telah mengeluarkan foto rasmi pertama Iriz facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ia juga menjadi model pertama dalam barisan model semasa yang diberi wajah baharu sejak Proton mengadakan pakatan strategik dengan Geely.

Iriz facelift menampilkan lampu baharu yang dipinjam dari model semasa Persona yang lebih nipis yang bersambung dengan jeriji hadapan. Sayap Proton kini mewarisi DNA rekaan X70 yang berbentuk busur (Ethereal Bow) manakala corak pada jerijinya pula memperlihatkan penggunaan motif “Infinite Weave” dengan logo Proton mendominasi di bahagian tengah.

Bumparnya pula direka bentuk semula dengan merendahkan sedikit kedudukan bentuk jeriji radiator yang diapit oleh sepasang lampu nyalaan siang LED (DRL) sekaligus menampakkan kecanggihan kepada keseluruhan rekaan.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

Di bahagian belakangnya pula, Iriz 2019 menampilkan identiti korporat terbaharu yang tidak lagi menggunakan logo dan digantikan oleh ejaan Proton yang berada ditengah kemasan berwarna hitam berkilat, Sekilas pandang ia mengingatkan kami kepada Volvo V40. Kemasan hitam berkilat melintang itu berjaya menjadikan Iriz 2019 nampak lebih lebar.

Rekaan bampar belakang juga menampakkan kekuda model hatchback kompak ini lebih rendah, stabil dan semestinya sporty. Selain itu rekaan grafik huruf Iriz juga telah diolah dengan mukataip baharu yang menggabungkan huruf besar dan kecil, manakala huruf R pula berwarna merah.

Antena sirip jerung dan rekaan rim aloi bebentuk bilah rotor melengkapi keseluruhan penampilan sporty dan ranggi hatchback cilik ini. Iriz 2019 dilengkapi unit infohibur dengan skrin sentuh berwarna yang dibangunkan oleh Proton dan ECARX. Ia menawarkan pilihan sambungan dan juga fungsi Arahan Suara.

Ciri ini merupakan kali pertama seumpamanya pada sebuah kereta dalam segmen-B hatchback dari pengeluar kereta nasional. Maklumat lanjut mengenai sistem infohibur dan spesifikasi mekanikal Iriz berwajah baharu ini akan hanya diumumkan apabila hampir dengan tarikh pelancaran.

Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply