ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dubai umum insentif pengecasan dan pendaftaran percuma untuk kenderaan elektrik

Views

Bandaraya Dubai baru-baru ini telah mengumumkan insentif yang diharapkan bakal menggalakkan penduduknya untuk membeli kenderaan elektrik. Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan (RTA) kini sedang berganding bahu dengan Lembaga Elektrik dan Air Dubai (DEWA) untuk mengesahkan insentif yang turut merangkumi pendaftaran percuma bagi mendapatkan parkir percuma di dalam bandar.

Selain itu, RTA juga bakal mengecualikan kenderaan elektrik daripada pendaftaran dan bayaran pembaharuan kenderaan, memberikan tag Salik (yang boleh digunakan di lebuhraya Dubai) secara percuma, nombor pendaftaran kenderaan yang unik dan tapak parkir percuma di 40 lokasi terpilih kepada pemilik kenderaan tersebut yang bakal dilaksanakan pada hujung tahun ini.

DEWA pula akan membenarkan pemilik kenderaan elektrik untuk menggunakan 100 buah stesen pengecasan di lokasi berbeza secara percuma sehingga penghujung tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif DEWA, Saeed Mohammed Al Tayer berkata kepada Khaleej Times, insentif ini dijangka meningkatkan minat terhadap kenderaan elektrik. Hingga setakat ini hanya terdapat 800 unit kenderaan elektrik di Dubai dan DEWA berharap ia akan bertambah sebanyak dua peratus menjelang 2020 dan meningkat lagi 10 peratus menjelang 2030.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply