ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan mula potong subsidi minyak bulan depan, diesel jadi yang pertama diapungkan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan memulakan pemotongan subsidi bahan api pada bulan depan, dengan diesel menjadi bahan pertama yang diapungkan harga mengikut kadar pasaran, menurut satu laporan.

Memetik sumber, akhbar Singapura The Straits Times mendakwa ia akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu selepas PRK Kuala Kubu Bharu yang akan diadakan 11 Mei ini.

Selepas diesel, harga runcit petrol akan dinaikkan secara berperingkat, menurut laporan itu lagi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Persoalannya sentiasa berkenaan bila dan bagaimana kita akan memotong subsidi. Perdana menteri mahukan ia (dilaksanakan) paling lewat pada Jun, jadi kita perlu cepat putuskan bagaimana (pelaksanaannya),” kata sumber itu yang merupakan pegawai tinggi kerajaan.

Menurut laporan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh memberitahu yang kenaikan harga akan berlaku “tidak lama lagi”, namun tidak menyatakannya secara spesifik.

Malaysiakini telah meminta pengesahan dan maklum balas daripada Fuziah dan pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kerajaan merancang untuk memperkenalkan mekanisme subsidi bersasar untuk bahan api. Pada masa ini, setiap warga Malaysia – tanpa mengira latar belakang kewangan mereka – layak untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi untuk kegunaan peribadi.

Pada Februari tahun lalu, Ahmad Maslan yang ketika itu timbalan menteri kewangan berkata kerajaan dapat menjimatkan RM17 bilion jika golongan berpendapatan tinggi, atau T20, tidak menikmati subsidi bahan api.

Menurutnya, kerajaan membelanjakan RM50.8 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) pada 2022, dengan 35 peratus daripadanya dinikmati golongan T20.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula sebelum ini dilaporkan berkata program subsidi bersasar untuk petrol RON95 akan diperkenalkan pada separuh kedua tahun ini. – Malaysiakini

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply