ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Ekzos perang’ tingkatkan kelajuan motosikal hanyalah mitos – Wazi

Berita Tempatan

Views

Anggapan ekzos yang diubah suai atau ‘ekzos perangmampu meningkatkan kelajuan motosikal hanya mitos. Itu kata bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid yang menyokong usaha pihak berkuasa membendung penggunaan ekzos motosikal yang diubah suai dan bingit yang menjadi trend pengguna motosikal terutama golongan remaja.

Menurut Utusan Online, bekas pelumba yang mendapat jolokan ‘Raja Kapcai’ itu berkata, pendapat bahawa ekzos yang diubah suai boleh meningkatkan kelajuan motosikal tidak benar. Katanya, penggunaan ekzos yang diubah suai semata-mata mampu meningkatkan pecutan motor adalah tidak benar.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Jika ada peningkatan pecutan pun hanyalah sedikit, tidak sampai 30 peratus. Tambahnya, ada bahagian motosikal lain perlu diubah suai jika mahu meningkatkan pecutan motosikal, bukan ekzos semata-mata. Anggapan ekzos ini menambah kelajuan motosikal adalah antara sebab penggunaannya menjadi trend dalam kalangan anak muda bermotosikal sekarang, selain mahu menunjuk-nunjuk.

Beliau menyokong usaha pihak berkuasa membanteras penggunaan ekzos yang diubah suai ini. Wazi turut menyokong tindakan pihak berkuasa mengenakan denda tinggi terhadap pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam yang boleh dipenjara sehingga enam bulan dan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Namun, katanya, bagi motosikal yang disita dan pemiliknya diminta memasang ekzos standard atau yang asal, ia perlu menggunakan budi bicara. Katanya, tidak dinafikan mungkin ada di antaranya yang mencari rezeki menggunakan motosikal.

Wazi cadangkan pihak berkuasa guna budi bicara sebagai proses mendidik dalam kes-kes sedemikian. Tambahnya lagi, sekiranya mereka ditangkap semasa operasi pihak berkuasa seperti pada malam minggu, mereka wajar dikenakan hukuman.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply