Akhirnya kita berjaya juga melihat wajah sebenar Perodua Ativa (D55L) meskipun mesih belum jelas sepenuhnya. Dua foto intip model tersebut yang sedang diturunkan dari tereler pengangkut telah dimuat naik ke laman Facebook Rider Ath. Sebelum ini individu yang sama juga telah mendedahkan kewujudan model Toyota Vios GR Sport.
Menurut Rider Ath, foto ini telah dirakam oleh Jeffrey Lam dan nampaknya ia diambil dari arah jalan yang bertentangan. Jika dilihat pada foto ini, besar kemungkinan ia adalah varian H kerana varian ini dan juga AV yang ditawarkan dengan warna Pearl Diamond White, namun sudah pasti Perodua akan mempamerkan versi dwitona untuk varian AV.
Wajah Ativa (D55L) juga berbeza agak ketara berbanding dua lagi kembar Jepunnya, Daihatsu Rocky dan Toyota Raize terutama sekali bentuk jeriji yang lebih besar dan bampar dengan rekaan berunsurkan “X” yang menjadi identiti ahli keluarga Perodua pada masa ini.
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
Pasti anda akan perasan sebuah lagi Ativa yang berada di bahagian atas yang berwarna Pearl Delima Red kan? Kami jangka, model tersebut telah dipasang dengan kit badan GearUp kerana kelihatan skirt sisi dan juga spoiler pada bampar depan dengan kemasan dwitona siap dengan plat gelincir.
Dari arah belakang, Ativa (D55L) tidak banyak beza dengan Rocky dan Raize, yang berbeza cuma bentuk bampar yang juga disuntik dengan elemen “X” dengan kemasan plat gelincir di bawah tempat meletak nombor platnya. Secara keseluruhan, kami rasa rekaan Ativa (D55L) lebih kena dengan selera orang Malaysia.
Apa pendapat anda pula?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Rider Ath
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
KOMEN TERKINI