ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

Foto Intip

Views

Semalam kami ada menyiarkan foto intip yang memaparkan tiga sekawan Proton Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover yang telah ditemui oleh rakan pembaca bernama Sheqal Hazaakbar semalam di Genting Highlands.

Malam tadi seorang lagi rakan pembaca yang sering membekalkan foto-foto intip berkualiti tinggi, Amir Zaheen Minhaj juga telah terserempak dengan trio yang sama dan berjaya merakam foto dari jarak dekat. Kali ini kita dapat melihat perincian pada model Iriz MC2 versi crossover dengan lebih jelas.

JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

Yang pasti kesemua model MC2 nanti bakal menggunakan logo baharu Proton dengan reka bentuk jeriji seperti model X50 dengan susunan Ethereal Bow dan juga Infinite Weave yang lebih kemas. Reka bentuk kluster lampu depan juga nampak ada perubahan dengan penggunaan mentol jenis Diod Pemancar Cahaya (LED).

Bentuk bampar pula nampak lebih garang dengan bukaan angin yang lebih luas serta kemasan seperti susunan sarang lebah di tengah-tengah. Jika anda perasan, terdapat satu bulatan kecil di bahagian bucu bampar dan bermungkinan ia adalah penderia parkir hadapan.

Rimnya juga nampak lebih sporty dan lebih besar dengan reka bentuk jejari yang banyak serta kemasan gelap. Meskipun lampu belakang masih ditutup dengan pelekat celoreng, ia nampaknya mungkin mengekalkan bentuk sedia ada. Spoiler belakangnya pula dicat dengan warna hitam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Rekaan belakang Persona MC2 juga tidak banyak berubah, kecuali rekaan bampar serba baharu dan susun atur LED lampu belakang yang berbeza dengan kemasan gelap. Rimnya pula lebih ringkas dengan rekaan enam jejari berkembar.

Kelihatan juga paparan skrin unit infohiburan dengan gaya terapung dan saiznya juga nampak agak besar. Menurut maklumat terkini yang kami terima, sebenarnya model-model MC2 ketika ini berada pada fasa terakhir sebelum pengeluaran massa.

Difahamkan ujian percubaan pemasangan akan dilakukan dalam masa terdekat. Jika maklumat ini tepat, kami menjangkakan model-model MC2 ini bakal dilancarkan pada bulan April atau Mei, iaitu sebelum hari Raya Aidilfitri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply