ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elakkan dari ditipu, jangan buat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi – Perodua

Berita Tempatan

Views

Perodua ingin mengingatkan para pelanggan baharunya dan yang sedia ada mengenai penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggannya untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, baru-baru ini, pihaknya telah mengenalpasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu yang telah menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dan meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Beliau menambah bahawa Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu tersebut. Beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan yang dihargai untuk hanya membuat pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan Perodua sahaja.

Untuk melindungi para pelanggan baharu dan yang sedia ada, Perodua memberikan panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

SilaHindari
Sila hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan, atau layari www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi Perodua di Facebook dan Instagram.Jangan segera menerima tawaran, sama ada atas talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform atas talian rasmi di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram.
Sila layari laman web rasmi Perodua di www.perodua.com.my untuk mendapatkan senarai terkini dan tepat pusat-pusat jualan dan servis di seluruh negara beserta maklumat untuk dihubungi.Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html, sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat pembayaran ke dalam akaun peribadi.Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

 

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply