ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fakta ringkas mengenai SU7, model EV sulung dari Xiaomi

Berita Global

Views

Gergasi telefon pintar, Xiaomi secara rasminya melancarkan kereta pertamanya, iaitu sebuah sedan elektrik yang paling dinanti-nantikan, Xiaomi SU7.

Xiaomi telah mengumumkan perancangan mereka untuk membina kereta hampir tiga tahun lalu, iaitu pada 2021.

Pada 30 Mac, CEO dan pengasas syarikat, Lei Jun, dalam ucapannya berkata Xiaomi akan melabur 10 billion yuan dalam perniagaan pembuatan kereta.

Berikut adalah fakta ringkas Xiaomi SU7:

Pilihan varian

Sedan elektrik ini didatangkan dalam dua pilihan varian, iaitu Xiaomi SU7 (pacuan roda belakang – RWD) dan Xiaomi SU7 Max (dwimotor dan pacuan semua roda belakang – AWD).

Pilihan warna

Tiga pilihan warna luaran ditawarkan, iaitu Aqua Blue, Mineral Gray dan Verdant Green, manakala ruang kabinnya didatangkan dengan pilihan rona warna sama ada kelabu, merah dan hitam.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pelantar dan dimensi

Ia dibina berasaskan pelantar Modena yang dibangunkan oleh Xiaomi dan ia lebih panjang berbanding dengan Porsche Taycan.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,997 mm panjang, 1,963 mm lebar dan 1,455 mm tingg,i manakala jarak antara gandar rodanya 3,000 mm.

Sedan ini mempunyai kapasiti muatan 105 liter di bahagian depan dan ruang but berkapasiti 517 liter.

Reka bentuk

SU7 direka oleh pasukan yang diterajui oleh Ketua Reka Bentuk Xiaomi, Li Tianyuan yang menyertai firma tersebut dari BMW.

Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mereka bentuk BMW i Vision Circular concept, BMW iX, dan 7 series baharu.

Rekaan luaran dihasilkan oleh James Qiu yang menyertai Xiaomi dari Mercedes-Benz dan pernah menghasilkan rekaan Vision EQXX.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Motor elektrik dan bateri

Varian asas RWD digerakkan oleh motor elektrik Super Motor V6 dengan kuasa maksimum 220 kW dan 400 Nm daya kilas. Ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam 5.28 saat. Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 73.6 kWj, yang membolehkannya bergerak sejauh 668 km (kitaran CLTC).

Varian Xiaomi SU7 Max AWD pula dipacu oleh dwimotor elektrik dengan ouput maksimum 425 kW dan 838 Nm daya kilas. Pecutan dari 0-100 km/j hanya memerlukan 2.78 saat, manakala kelajuan maksimnya mencecah 265 km/j.

Ia juga mampu mencapai kelajuan 0-200 km/j dalam masa 10.67 saat. Varian ini dikuasakan oleh bateri Qilin NMC dari CATL yang berkapasiti 101 kWj yang memberikan jarak pemanduan 800 km (CLTC).

Bateri ini boleh dicas untuk jarak pandu sejauh 390 km dalam masa 10 minit. Dalam masa 5 minit pula, SU7 boleh dipandu sejauh 220 km dan untuk pengecasan selama 15 minit, ia boleh dipandu sejauh 510 km.

Ciri-ciri lain

SU7 menggunakan dua unit cip pemproses NVIDIA Drive Orin berkuasa 508 TOPS yang dipadankan dengan pelbagai penderia, kamera, LiDAR, serta sistem perisian yang dibangunkan oleh Xiaomi.

Sistem brek kereta ini menggunakan jenis 4-omboh dari jenama Brembo dengan teknologi dari Bosch.

Ruang kabinnya dilengkapi skrin bersaiz 16.1-inci untuk kawalan kereta, dua skrin untuk penumpang di belakang, dan cermin hadapan dengan sistem HUD.

Kemasan tempat duduknya pula menggunakan bahan kulit Nappa, manakala sterengnya pula diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Kereta jenama Xiaomi akan dihasilkan secara pemasangan kontrak oleh BAIC Group di Beijing dengan kapasiti tahunan sebanyak 200,000 unit kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply