ARKIB

KATEGORI

Tular

Pembelian Mazda CX-8 sebagai kenderaan rasmi MB dan Exco Terengganu jimatkan kos penyelenggaraan

Tular

Views

Pembelian kenderaan rasmi baharu yang ditularkan di media sosial didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco merupakan suatu keperluan bagi menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan rasmi kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal berkata, isu tersebut sepatutnya tidak dipolitikkan kerana pembelian kenderaan utiliti sukan (SUV) itu adalah satu prosedur biasa bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan yang sudah lama.

“Penggunaan kenderaan rasmi milik kerajaan terlalu tinggi sekali gus menyebabkan kos penyelenggaraannya membebankan.”

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Setakat ini semua kenderaan baharu seperti mana yang tular itu belum diagihkan. Jadi pembelian kenderaan baharu tersebut tidak perlu dipolitikkan kerana diluluskan menerusi bajet pentadbiran kerajaan negeri pada tahun lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) di Kuala Terengganu pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Bekas Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar menyatakan kerajaan Terengganu digesa menjelaskan status pembelian kenderaan rasmi baharu yang ditularkan di media sosial didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Wan Abdul Hakim berkata, kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan pembelian SUV jenis Mazda CX-8 itu bagi memastikan sama ada ia merupakan keperluan mendesak yang menjadi keutamaan buat masa ini.

Mengulas lanjut, Tengku Farok Hussin berkata, pembelian kenderaan rasmi baharu berkenaan tidak menyalahi peraturan kerana peruntukan diluluskan kerajaan selepas dibentangkan pada pembentangan Bajet 2022.

Katanya, kerajaan negeri turut meluluskan pembelian kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Perhutanan negeri bagi kegunaan mereka.

“Jadi pembelian itu tidak pula dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin politik kerana ia memang prosedur biasa dalam menggantikan kenderaan yang sudah uzur dan lama,” jelasnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aliya Ayapam

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply