ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger terus catat permintaan kukuh – Jualan suku kedua naik 7.5 peratus

Views

Permintaan kukuh trak pikap Ford Ranger yang mendefinisikan semula segmennya di Malaysia nyata memacu jualan dengan peningkatan sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun lalu dengan 1,556 unit telah dijual. Prestasi ini membantu Ranger meningkatkan perkongsian pasaran trak pikap kepada 15.4 peratus, kenaikan sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong berkata, ‘Built Ford Tough’ Ranger jelas mendapat perhatian dalam kalangan pengguna di seluruh negara dan dilihat terus mencatat kejayaan di pasaran. Ranger terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia dan merupakan salah satu trak pikap paling laku di pasaran. Ia berjaya menarik minat kelompok luas pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan versatil, sesuai untuk laluan biasa dan lasak.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, reka bentuk Ranger yang tegap, versatil, selamat dan dengan keupayaan yang tiada tandingannya menjadi pemacu kepada popularitinya di Malaysia. Di Malaysia, Ranger ditawarkan dalam sepuluh varian – termasuklah Ranger Wildtrak, Ranger FX4, XLT, XL dan Standard – ini bagi memenuhi keperluan kerja dan riadah pelanggan yang pelbagai.

Ford dan Sime Darby Auto Connexion mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara pada tahun ini menerusi pembukaan dua buah kemudahan baharu di Sabah dan Sarawak; Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu). Direka dengan standard Brand@Retail global Ford, kemudahan ini menawarkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang lebih baik dengan jumlah pelanggan yang kian meningkat di sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply