ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda PCX baharu diperkenalkan

Views

Boon Siew Honda memperkenalkan skuter Honda PCX baharu yang kini ditawarkan dalam dua warna baharu yang menarik: merah Euphoria Red Metallic dan kelabu Radiate Grey Metallic, serta warna putih Pearl Metalloid White yang malar popular. Skuter komuter moden bandar iaitu Honda PCX terus menjadi platform Honda untuk mempamerkan ciri teknologi terkini yang tersedia untuk orang ramai.

PCX baharu dibina di sekitar kerangka sokongan duplex ayun baharu yang lebih ringan. Ia mempunyai jarak roda yang lebih pendek yang meningkatkan pengendalian dan memberikan maklum balas jalanan yang lebih baik. Suspensi baharunya menyediakan perjalanan yang lebih selesa, tambahan pula dengan roda aloi 14-inci baharu yang menawarkan tahap menunggang yang premium.

Penggayaan PCX baharu kini menawarkan panel badan baharu untuk rupa premium dan lebih kemas, namun kelihatan lebih sporty. Dwi lampu utama LED yang padat menyerlahkan penampilannya dengan lampu siang LED yang tergabung dalam dan lampu ekor LEDnya juga diperbaharui. Ruang simpanan berkunci di bawah tempat duduknya adalah sebesar 25 liter.

Untuk kemudahan anda, tempat duduk ini kini kekal terbuka dengan disokong spring, yang akan membolehkan anda menyimpan barangan dengan mudah tanpa perlu memegangnya. Selaras dengan tema kepraktisan, ruang simpanan ini boleh menampung sebuah topi keledar penuh muka. Punca kuasa 12-volt juga kini diterdapat dalam kotak sarung tangan di depan untuk kemudahan mengecas peranti elektronik peribadi anda dalam perjalanan.

Konsol pemukanya menempatkan sebuah meter kelajuan digital jenis terbalik yang memaparkan semua maklumat penting dengan kemas. Paparan maklumat terdiri daripada cahaya amaran enjin, peringatan perubahan minyak, jam digital, odometer, penunjuk sistem henti melalui Stop Idling, dan tolok bahan api digital yang mengira penggunaan bahan api dengan tepat.

Buat pertama kalinya PCX kini menggunapakai Sistem Kunci SMART yang menggabungkan ciri model terdahulu seperti penggera anti-kecurian dan sistem pencarian skuter dari jauh. Sistem Kunci SMART yang baru kini mempunyai sistem penghidupan enjin tanpa kunci yang menggantikan sistem penghidupan tradisional.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

PCX baru ini mempunyai tangki bahan api 8 liter yang membolehkannya menjadi skuter komuter jarak jauh. Beberapa ciri telah juga ditambah untuk meningkatkan kecekapan bahan api antaranya ialah sistem henti melahu, yang secara ringkas memutuskan bekalan bahan api kepada enjin selepas tiga saat skuter ini berhenti tanpa bergerak, seperti di lampu isyarat. Kuasa akan dipulihkan apabila pendikit dikilas.

Kuasanya dibekalkan oleh enjin sejukan cecair Honda dan Programmed Fuel Injection (PGM-FI) Honda yang berprestasi hebat dalam semua keadaan trafik. PCX mampu mencapai 51.2 km/l dengan sistem henti melahu diaktifkan. Kuasa enjin dihantar melalui sistem klac empar kering Honda V-Matic (Dry Type Automatik Centrifugal Clutch transmission) ke roda belakang melalui talisawat.

Transmisi V-Matic telah disemak semula untuk memperluas nisbah hantaran. Ia memberikan pecutan lancar pada kelajuan rendah, dan pecutan yang lebih baik ketika kelajuan pertengahan hingga tinggi. Enjin 149 cc sejukkan cecair SOHC 4-lejang  mempunyai gerek 57.300 mm serta lejang 57.907 mm dengan nisbah mampatan 10.6: 1. Ia menjana 14.5 hp (10.8 kW) pada 8,500 rpm dan menghasilkan kilasan sebanyak 13.6 Nm pada 6,500 rpm. Kapasiti minyak pelincir enjin adalah 0.9 liter.

Kawalan induksi Honda PGM-FI dengan pemewah automatik menguruskan campuran bahanapi untuk penghidupan enjin dan penyesuaian kendiri yang mudah. Motor penghidup ACG menjalankan tugas keduanya sebagai altenator sebaik sahaja enjin hidup. Ketinggian pelananya sebanyak 764 mm dan bentuknya yang tirus memberikan akses mudah dan senang untuk diparkir.

Skuter yang berukuran 923 mm panjang,  745 mm lebar dan setinggi 1,107 mm ini mempunyai sudut capai sebanyak 27 darjah dan jarak capai 19 mm agar mudah dikendalikan. Topang teleskopik redaman hidraulik mengapung hujung hadapan dan dwi penyerap kejutan gegelung spring di bahagian belakang meredamkan unit pacuan berayunnya.

Angkup hidraulik mengawal brek cakera di hadapan dengan brek gelendung di bahagian belakang, sebagaimana kebiasaannya untuk skuter. Ia menggunakan tayar depan bersaiz 14 M/C x MT2.15 dan tayar belakang 14 M/C x MT3.50. Kelegaan buminya adalah sebanyak 137 mm untuk skuter seberat 130 kg basah ini.

Harga adalah seperti berikut:

VarianHarga
PCXRM 10,999.00

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply