ARKIB

KATEGORI

Buletin

Scania Malaysia rasmikan cawangan di Pelabuhan Klang yang telah dinaik taraf

Views

Scania (Malaysia) Sdn. Bhd. secara rasmi melancarkan cawangannya di Pelabuhan Klang yang telah dinaik taraf yang terletak di lokasi strategik berhampiran dengan Pelabuhan Utara. Cawangan ini boleh diakses dengan mudah oleh pelanggan yang menghantar kenderaan Scania milik mereka untuk menjalani penyelenggaran berjadual mahupun kerja-kerja pembaikan.

Dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, Scania Malaysia Pelabuhan Klang meliputi kawasan seluas 1,343 meter persegi dan menawarkan 10 ruang kerja baharu, ruang membasuh kenderaan serta kren bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.

Kerja naik taraf berjumlah RM3.8 juta ini juga turut merangkumi penyediaan ruang menyambut tetamu, sebuah kafeteria, bilik pemandu serta pelbagai kemudahan lain seperti bilik mandi, bilik persalinan dan juga ruang solat demi memberikan tahap perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, pemandu serta warga kerja Scania.

Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan Scania Rantau Asia Tenggara berkata, pelancaran Scania Malaysia Port Klang yang baru dipertingkatkan ini diharap membolehkan mereka meraih manfaat serta keuntungan bukan sahaja di rantau ini malah di seluruh negara. Akses yang mudah serta pengunaan alat ganti yang tulen merupakan keutamaan bagi pelanggannya di mana sahaja.

JOM BACA >> VIDEO : Tun Dr Mahathir Mencuba Ciri Kawalan Suara SUV Pertama Proton

Tambah beliau lagi, alat ganti ini akan menambahkan nilai perniagaan para pelanggan kerana ia direka untuk memberikan prestasi terunggul, ketahanan, penjimatan dan keselamatan bahan api, serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar seperti kadar pembebasan tahap karbon. Scania telahpun menambah bilangan ruang kerja sedia ada kepada 22, demi memastikan pelanggan di kawasan ini mendapat khidmat nasihat, kerja penyelenggaran serta alat ganti yang terbaik.

Kerja-kerja penyelenggaran di Scania Pelabuhan Klang dikendalikan oleh 22 orang juruteknik berkemahiran tinggi, yang kini mampu menangani sejumlah 30 kenderaan sehari dengan kemudahan yang telah dinaik taraf. Juruteknik-juruteknik tersebut secara berterusan menjalani latihan formal dan latihan semasa kerja bagi mempertingkatkan tahap kemahiran, pengetahuan, profesionalisme serta kerja berpasukan demi memastikan mereka berupaya memberikan tahap perkhidmatan yang lebih unggul kepada pelanggan.

Berpegang kepada kepercayaan bahawa kaedah pengangkutan yang lestari adalah mengerakkan manusia dan barang disamping menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan manusia mahupun mengancam alam sekitar, pasukan Scania Pelabuhan Klang akan terus berusaha untuk memberikan kepada pelanggan kaedah penyelesaian khusus yang menjanjikan peningkatan kecekapan bagi seluruh proses aliran pengangkutan pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply