ARKIB

KATEGORI

Buletin

Formulasi terbaru dan terkini Shell Rimula tawarkan penjimatan minyak serta ketahanan enjin

Views

Shell Malaysia telah memperkenalkan minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) Shell Rimula R6 LM sintetik sepenuhnya dan R5 LE teknologi sintetik yang baru diformulasikan dengan spesifikasi minyak enjin American Petroleum Institute (API) CK-4 terbaharu di pasaran Malaysia.

Ketersediaan minyak enjin diesel tugas berat yang mematuhi API CK-4 terbaru adalah berita baik untuk sektor armada dan pengangkutan yang sangat berdaya saing di mana syarikat-syarikat menghadapi tekanan bagi mencapai tahap kebolehpercayaan dan keselamatan yang tinggi dan meminimumkan jumlah kos operasi.

Shell memainkan peranan utama dalam perkembangan spesifikasi API CK-4 yang baru untuk minyak enjin diesel tugas berat. Pengurus Teknikal OEM Global, Dan Arcy, mempengerusikan Pasukan Pembangunan Kategori Baru – sebuah jawatankuasa pengeluar, pemasar minyak, dan syarikat tambahan yang bertanggungjawab untuk menentukan serta membangunkan spesifikasi baru beserta ujian yang berkaitan.

Ia pertama kali diperkenalkan di Amerika Utara dan sekarang, di Malaysia. Produk utama terbaru Shell Rimula R6 LM dengan API CK-4 mengabungkan minyak asas sintetik sepenuhnya dengan ‘PurePlus Technology’ dan ‘Adaptive Additive Technology’.

JOM BACA >> Fakta Ringkas : Pelantar Modular BMA Geely Untuk Kereta Kompak

Kedua-duanya Shell Rimula R6 LM dan R5 LE berkeupayaan mengawal pengoksidaan dan enap cemar yang sangat baik untuk mencegah penebalan minyak dan deposit berbahaya di semua kawasan enjin, menghasilkan piston lebih bersih. Mereka juga menawarkan kelikatan dan kestabilan ricih yang lebih baik untuk melindungi enjin dengan lebih baik walaupun pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Kesemua ini membawa kepada penggantian pelumas yang lebih lama, ekonomi minyak yang lebih baik dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. May Tan, Pengurus Besar Pemasaran – Malaysia / Singapore, Shell Lubricants berkata, teknologi enjin diesel nyata telah berkembang dengan pesat dalam tempoh 40 tahun, didorong oleh pengetatan undang-undang pelepasan dan peningkatan perhatian daripada pelanggan terhadap kecekapan, kebolehan dan mengurangkan jumlah kos pemilikan.

Beliau menambah, enjin hari ini beroperasi pada suhu yang lebih tinggi dan memerlukan generasi baru minyak enjin diesel yang bertaraf tinggi untuk melindungi mereka. Minyak enjin Shell Rimula dengan API CK-4 yang baru direka khas untuk membantu menyampai tahap operasi enjin yang cekap dan perlindungan yang lebih baik.

Minyak Shell Rimula dengan API CK-4 menggantikan minyak CJ-4, dan bersesuaian dengan semua kenderaan semasa, disamping memberikan manfaat untuk kedua-dua teknologi enjin yang baru dan lama. Bagi pengendali yang mengendalikan kedua-dua kenderaan yang baru dan lama, ini amat membantu memudahkan prosedur pelinciran.

Minyak pelincir Shell menjalani lebih daripada 64 juta kilometer (40 juta batu) ujian dunia nyata – iaitu sama dengan memandu lebih dari 1,500 kali di seluruh dunia. Ujian yang ketat dan rapi ini berfungsi menghasilkan dan menunjukkan prestasi minyak enjin diesel tugas berat bagi generasi seterusnya yang mencapai spesifikasi CK-4 tanpa menjejaskan sifat minyak atau perlindungan.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply