ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi jersi eksklusif yang ditandatangan di Caltex®

Views

Demam Piala Dunia masih belum berakhir buat peminat tegar bolasepak dan Chevron Malaysia Limited, yang membawa jenama Caltex® akan mengadakan kempen di seluruh negara yang bermula sejak 1 Julai 2018 bersempena dengan Piala Dunia Rusia 2018. Kempen ini memberi peluang kepada para pelanggan mereka untuk memenangi jersi eksklusif yang ditandatangan dan seluar pendek.

Caltex sentiasa mengukuhkan hubungan dengan para pelanggannya bagi memastikan mereka merasai perjalanan yang hebat, tidak kira jauh atau dekat. Caltex bercadang untuk membawa masyarakat bersama dan memberikan pelanggan sedikit ganjaran atas sokongan yang tidak pernah putus kepada jenama tersebut.

JOM BACA >> Fakta Ringkas : Pelantar Modular BMA Geely Untuk Kereta Kompak

Bermula 1 Julai 2018, pelanggan hanya perlu berbelanja RM 30 untuk pembelian minyak dalam satu resit untuk berpeluang memenangi barangan eksklusif seperti jersi bolasepak yang ditandatangan atau kasut but bolasepak. Seramai 28 pemenang akan dipilih pada penghujung kempen pada 15 Ogos 2018.

Caltex turut mengumumkan peraduan di media sosial di mana dua pengguna yang memuatnaik gambar beserta kapsyen yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi sehelai jersi bolasepak Neymar Jr atau sepasang but bolasepak Messi. Untuk maklumat lanjut mengenai jerayawara, Caltex® dan produknya, layari laman sesawang www.caltex.com/my atau laman Facebook https://www.facebook.com/Caltex.Malaysia/.

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply