ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Rangkaian aksesori dan produk penjagaan kereta terkini bakal meriahkan KLIMS’18

Views

Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) yang bakal berlangsung dari 23 November hingga 2 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) nanti adalah pameran yang paling ditunggu-tunggu! Ia bakal menampilkan barisan kenderaan yang memacu adrenalin, kereta konsep, motosikal dan kenderaan komersial. Turut menyertai KLIMS’18 kali ini adalah rangkaian aksesori kereta dan produk penjagaan kereta yang akan mempamerkan produk paling inovatif di pasaran.

Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automotif Malaysia, berkata pemain industri automotif di Malaysia bukan hanya terdiri daripada pengeluar jenama kereta, pemegang francais dan pengedar. Pasaran selepas jualan termasuklah alat ganti, aksesori dan produk penjagaan kereta juga merupakan sektor yang penting di Malaysia.

Peserta dari lingkungan industri automotif ini telah turut serta dalam KLIMS’18. Pengunjung boleh meninjau pelbagai rangkaian produk automotif, bermula dari rangkaian kenderaan, penambahan dan pengubahsuaian kenderaan, hinggalah ke pandangan sepintas lalu mengenai teknologi dan penggayaan kereta pada masa akan datang.

Minat yang kian meningkat terhadap kenderaan yang dibuat mengikut pesanan bagi bahagian dalaman dan luaran, kini memacu pasaran aksesori kereta global. Permintaan terhadap pengubahsuaian, penyenggaraan dan pembaikan telah melonjak naik di negara-negara ASEAN dengan meningkatnya kecenderungan pengguna ke arah pengalaman memandu yang menyeronokkan dan penyesuaian kenderaan mengikut kehendak pelanggan di kalangan populasi muda.

JOM BACA >> KLIMS’18 Satukan Industri Dan Semarakkan Kembali Minat Terhadap Automotif

Pengeluar utama bagi negara Jepun, Amerika Utara dan Eropah kini menunjukkan minat yang lebih terhadap negara-negara ASEAN dan syarikat-syarikat tersebut bakal menyertai KLIMS’18 bagi meningkatkan jualan dan mendapatkan bahagian pasaran yang lebih tinggi. Konglomerat teknologi global, 3M, sehingga kini telah menjadi pempamer tetap di KLIMS dan menggunakan platform KLIMS untuk menonjolkan penyelesaian inovatif yang menyeluruh dari 3M bagi trend mega dalam industri automotif iaitu keselamatan, estetik, prestasi dan tenaga.

GT Lim, Pengurus Besar bagi Safety & Graphic Business Group, 3M Malaysia berkata, 3M adalah syarikat sains global yang sentiasa mencipta. 3M adalah pendukung kuat bagi keselamatan kereta dan jalan raya. Tahun ini, 3M ingin menunjukkan tahap kepakarannya dalam industri automotif di KLIMS’18 dan berhasrat untuk menarik pelanggan dengan penyelesaian inovatif. Pengunjung ruang pameran 3M akan diberikan diskaun bagi produk-produk mereka seperti 3M AutoFilm, 3M Car Wrap serta 3M Car Care Solutions.

Kakimotor Sdn Bhd, pempamer yang pernah menyertai acara ini akan turut mengambil bahagian pada KLIMS’18 untuk mempromosikan produk mereka seperti ZerOne coilover kit dan ZerOne big brake kit. Kit tersebut boleh didapati untuk kebanyakan kereta dan akan meningkatkan prestasi pemanduan dan keselamatan. Produk-produk ini didatangkan dengan alat ganti yang tidak perlu diubahsuai.

Alex Lim, Pengurus Kakimotor berkata, syarikatnya akan menyertai pameran KLIMS buat kali kedua dan akan menggunakan platform pameran ini untuk menonjolkan produk-produk keluarannya. Para pengunjung KLIMS’18 akan dapat meninjau lebih banyak pempamer aksesori kereta seperti V-Kool, OSRAM, PG Perma Glass, PG Pro QPlus, Motul, Elite Looks, Be Pure, GetF1, NGK Spark Plugs, NTK Oxygen Sensors, STP, Armor All, Kaki Motor, Ravenol dan Ottoman. KLIMS’18 akan diadakan .

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply