ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Satria Neo facelift dari Irfendy Mohamad!

Views

neo fl 2

Satria Neo boleh dikatakan sebagai model ikonik Proton yang telah banyak menempa nama dalam sukan permotoran. Namun hingga ketika ini masih belum ada model pengganti atau sekurang-kurangnya major facelift untuk Satria Neo. Rakan kita Irfendy Mohamad sekali lagi tampil untuk berkongsi hasil karya Satria Neo faceliftnya untuk tatapan pembaca setia funtasticko.net.

neo fl 1

Diharapkan Proton mempunyai perancangan untuk menggantikan Satria Neo menjadi model serba baharu yang lebih ekslusif setanding dengan Volkswagen Scirocco dan Hyundai Veloster atau setidak-tidaknya melakukan major facelift. Sebelum ini saya pernah dengar desas-desus mengenai perancangan model gantian Satria Neo dalam masa beberapa tahun lagi. Jadi ke tidak tu saya tak pastilah, hehehe… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

21 Comments


  • nak wat satria neo baru , bagila engine line up mantap dlu(gdi,dual vvt,twin scroll turbo), kalau still guna enjin sedia ada 1.3/1.6 VVT, 1.6(CFE) VVT TURBO, lupakan sajalah… lagi satu kerb weight pun penting targetlah bwh 1100kg untuk model dua pintu.. pasal pilihan gearbox bagi komenter yang lain komen je la…


  • Kalau design ni jadi realiti mmg best la. Proton ni pun, kalau ikutkan mmg dah fed up dgn design diorang. Aku rasa kalau design nampak menarik, orang jenis tak kisah sangat kuasa enjin. contoh :- Jenama Proton tapi design Subaru Impreza Version 10 hatchback. enjin hanya 1.8 mcm enjin Gti. Aku rasa ramai kot orang muda beli. Itu pun proton susah nak faham. Ini pendapat aku jer la.


  • klau proton buat design nie, shutup and take my money laa..

    enjin cfe pun eceli dah ok cuma gearbox ja.. punch cvt nie banyak limitkan keupayaan enjin cfe.

    berat kereta pun memainkan peranan penting, kurang berat = lebih responsive, lebih jimaat minyak, less 0-100 time, lebih pendek breaking time, better handling, etc banyak kot kelebihan kurang berat nie.. sangat bagus kalau proton utamakan teknologi kurangkan berat ni..


  • Sebenarnya berat ideal tak semestinya lagi ringan lagi bagus, sebab keupayaan enjin mesti melengkapi berat kenderaan. Enjin power sangat pun akan bermasalah dari segi safety kalau body kereta terlalu ringan sebab kawalan kereta akan jadi agak sukar.

    Sebab tu ada power-to-weight ratio digunakan dalam mementukan kuasa enjin sesuai dgn berat kereta.

    Saya setuju kalau Satria Neo diberi model gantian baru macam VW Scirocco. Tapi untuk menambahkan tarikan global, nama Proton Knight adalah terbaik bagi saya. Dulu Proton pernah guna nama ni utk Saga Aeroback masa mula2 keluar dulu.

    Lagipun kalau translate perkataan satria kpd bahasa inggeris maksudnya knight, jadi cantik sangat la nama ni.


    • I rasa nama Satria Neo for 3 doors hot hatchback and Satria Aurora for 3 doors sport coupe (Putra replacement) ok kutt… engine 1.8 turbocharge 180ps pun dh ok.. xpayah engine besar2.. yg penting price, quality n safety mesti mindblowing… just my 10cent…hihihi


    • Jika nama Proton Satria digantikan menjadi Proton Knight… Sepatutnya proton Wira menjadi Proton Hero, sebaliknya menjadi Proton Persona… mindblowing :p


  • Aku excited bilamana baca project baru proton!
    Klo blh la, ada skit jer permintaan aku ni ; engine baru; transmisi baru dan NVH yg dinaik taraf tahap tinggi…
    Err saga3 news tkde ke admin???


  • Satria design luar dah cun tapi bagi design yang terkini lagi cun… dalam tu tolong ubah pakai banyak skit design moden…. lagi satu proton tak yah kuar keter yang 2 pintu – sport 4 pintu lagi bagus… semua dah ok bab 2 pintu tak jadi nak ambik ari tu….. penyudahnya persona……


    • model Baru? ada bro. 2 ari pas pi proton COE, depa cakap saga baru bakal kuar taun ni. tapi sedih nya blakang je dia tukau, depan maintain cam saga flx. adoi ai. possibility guna powertrain sama ngan IRIZ. Suprima s manual plak on hold, management hold dulu.. kete preve cfe aku da total loss, sampai skang tunggu suprima manual tak sampai2. proton ni cakap je lebih, sampai skang preve cfe manual takda


  • 1.6 cfe has been mated with 6 speed manual for suprima last time in spy photo. why not this powerplant to be put in satria neo. ill be the first to place my bookimg.


    • how about putting those existing cfe+manual gb into current neo & sell them as last kopek edition?

      see..it’s not a nice move to put all new things in a new product.

      ditch the cps neo & make cfe neo..for the last time!


  • drp buat satria baru, lebih untung kalau proton buat compact car macam axia.. tengok je perodua sejak kebelakangan ni.. sales bulan March saja dapat achieve 22.5k.. proton jauh ketinggalan.. dpt 10.5k saja.. Honda rapat di belakan Proton… cuma kekangan proton, proton tak da teknologi 3 cylinder engine… nak RnD pun mungkin makan masa dan duit..

    Sy cadangkan proton rebadge model attrage atau mirage.. barisan model dr mitsu yg boleh lawan axia dan tingkatkan sales proton. Lepas ni saingan lagi sengit memandangkan perodua akan keluarkan model sedan.. pasti sales Saga akan merudum..


    • Perodua Axia adalah dalam ketegori A-segmen/citi car/kei car.. Manakala satria sememangnya dalam ketegori B-segmen/sub-compact/supermini..

      Persaingan antara Proton dan Axia memang perlu tetapi diharap proton tidak masuk pasaran A-segmen yang dikuasai Perodua..

      Rebadge sepatutnya hanya untuk model D-segmen atau mid size atau Full-size.. contohnya
      -BMW 5 / 7 series,
      -Mercedes E / S class,
      -Volkswagen CC / Phaeton,
      -Ford Taurus / Falcon,
      -Chevrolet Caprice / Impala,
      -Toyota Crown / Mark X


      • Ya, apa2 pun bergantung kepada barisan pengurusan Proton sekarang. Keputusan mereka penting sebab pasaran sekarang makin mencabar dan persaingan sangat sengit. Apa2 model baru yang mahu dikeluarkan atau diganti, perlu hati2.. sbb dalam perniagaan, tujuan utama adalah keuntungan

        Tengok saja Honda Malaysia, sales dorang naik (mengatasi Toyota) sebab model city dan jazz (dan yg terbaru H-RV).. pasaran yang ‘lumayan’ sekarang (di Malaysia dan rantau Asean) adalah A-segment dan B-segment

        Meninggalkan A-segment begitu sahaja adalah satu kerugian, sbb Proton sendiri susah nak buat untung dekat B-segment (Persona) dan C-segment (Preve, Suprima) sekarang. ‘Nyawa’ Proton banyak bergantung pada jualan Saga.

        Bayangkan kalau Perodua dapat hasilkan model macam Mitsubishi Attrage (EEV, 3-cylinders petrol engine, sedan,price RM45k~RM30k). Kita boleh predict apa akan jadi dekat sales Saga..


  • Cadangan

    Satria R

    1. Enjin 1.6 vvt sahaja dengan pilihan transmisi manual dan CVT/7-speed Protronic Paddle-Shift Transmission.. (enjin 1.6 NA atau Turbo atau Turbo mix supercharger atau hybrid boleh dipertimbangkan) 110 hp hingga 190 hp.
    2. Electric Power Steering (EPS), 205/55 R16 Alloy x 7, 4G In-car WiFi, Follow-Me-Home Lamp,
    3. 2 hingga 7 beg udara (mengikut varian), VDC, ABS with EBD, BA, ESC, TC, HHA, ISOFIX, DRL, Rear View Camera, Parking Sensor, Reverse Camera, Auto Fold Side Mirror with LED Turn Signal, Paddle Shifters, Auto Cruise 5-STAR ASEAN NCAP
    4. Rekaan dalaman Keyless Entry, Push-Start Button, Infotainment System 6.8′ LCD Screen with DVD Player, Integrated DSP, USB & AUX Port, Bluetooth, WiFi Enabled, GPS, Rear USB Charger 2.1A & 1.5A, (mengikut varian)
    5. Julat harga antara RM40,000++ hingga ke RM70,000++
    6. 4 varian – Standard, executive, Premium & Hybrid. (NA atau Turbo atau Turbo mix supercharger atau hybrid)

    p/s : Putra R boleh berkongsi platform dari Satria R


  • utk sketching di atas:

    aku suke horizontal lights front & back. agar nmpk kete tu lebar.

    C-pillar mgkn boleh ejas sket kasi nmpk elemen kotak. sebabnye lampu belakang tu dh agak berkotak, c-pillar yg curvy tu cm xmasuk ngn overall design language lakaran.

    lampu iriz…ergghhhh…no pls.

Leave a Reply