Siapa sangka imej janaan komputer 3D, Aston Martin DB11 ini merupakan hasil karya remaja 15 tahun. Pereka muda berbakat besar, Jennarong Muengtaweepongsa dari Bangkok, Thailand membuktikan usia bukan penghalang untuk menghasilkan sebuah karya yang sungguh hebat! Bayangkan ketika diusia sebegini ramai dikalangan mereka yang sebaya dengannya masih lagi mencari identiti diri dan sibuk bercinta monyet, namun beliau sudah berupaya menguasai ilmu sehebat graduan universiti dari jurusan rekabentuk industri.
Jennarong Muengtaweepongsa mula belajar membuat lakaran kereta sejak dari usia 6 tahun sebelum beralih kepada pembuatan model 3D. Jika dilihat daripada imej-imej ini, sudah tentu beliau mempunyai bakat yang cukup besar dan berpotensi menjadi pereka terkemuka pada masa hadapan jika mendapat sokongan dan bimbingan yang betul. Saya cukup teruja melihat karya sehebat ini dan berharap anak muda tempatan kita juga ada yang mempunyai bakat sebegini.
Tahniah Jennarong Muengtaweepongsa, teruskan usaha anda!
Sumber : www.carscoops.com
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
hebak dak thai nih…lagi hebak dari Idiyaz yg body ke laut
Die yang design originality DB11 ni pastu Aston Martin realize kan atau die hanya regenerate dr model 3D sedia ada.
DESIGN TAHNIAH.TETAPI UNTUK JADIKAN SEBUAH KERETA TIDAK MUDAH SEHINGGA SETIAP ALATGANTI PADA BADAN KERETA PERLU ADA NOMBOR ALATGANTI.DESIGN HANYA LUAR SAHAJA.MAKSUD GUA JENIS PLATFORM,ENJIN ,STERING ARM DAN LAIN-LAIN LAGI LE.
what if suprima looks like this
http://s1.paultan.org/image/2015/04/shanghai-2015-weird-wonderful-1336.jpg