Petang semalam berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki oleh dua wanita berusia 30 tahun yang terhumban dari Jambatan Kuala Ketil-Parit Panjang pada ketinggian lebih 10 meter ke dalam Sungai Ketil. Menurut Sinar Harian, kejadian jam 6.10 petang itu membabitkan dua mangsa dari Kampung Belida, mereka bagaimanapun diselamatkan pengguna jalan raya yang berada di situ.
Menurut saksi pertama, Normila Md Ida,43, dari Kampung Padang Kulim, kejadian berlaku apabila kereta berkenaan cuba memotong kereta di garisan berkembar atas jambatan tersebut. Pada masa itu dia sedang memandu kereta berseorangan dari arah Parit Panjang ke daerah Kulim untuk mengambil anaknya manakala kereta mangsa dari arah Kuala Ketil.
Apabila tiba di atas jambatan kereta dipandu laju itu cuba memotong kereta lain di garisan berkembar dan hampir melanggar keretanya. Kereta berkenaan dipercayai cuba mengelak kenderaannya sebelum terbabas ke dalam sungai.
JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan
Tambahnya lagi, apabila bertentangan dengan kereta saya, pemandu tersebut cuba mengelak dan masuk ke lorongnya semula. Namun kenderaan tersebut terbabas lalu merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Katanya, dia begitu terkejut serta panik melihat kejadian itu dan segera memberhentikan kereta untuk mendapatkan bantuan. Mujur ada penunggang motosikal bertindak segera menyelamatkan kedua-dua mangsa itu. Kedua-dua mangsa selamat dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Sebenarnya ini juga ada kaitannya dengan teknologi keselamatan pada sesebuah kenderaan. Sebagai contoh, Proton Persona yang terlibat dalam kemalangan ini menggunakan struktur kerangka yang diperkuatkan dengan teknologi Keluli Tempa Panas (HPF).
Cuma kami nak nasihatkan, kalau ada kereta paling bagus ciri keselamatan sekalipun, kalau kita memandu secara berbahaya ia sudah tentu akan memudaratkan diri kita dan juga orang lain. Berhati-hatilah di jalan raya.
JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Putera Karya.
Pemandu Malaysia semakin hari semakin kurang sabar dan biadap. Memandu laju di kawasan perumahan & memotong di garisan berkembar sudah menjadi kebiasaan wtf.
Plat penang biasa la….