ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

Foto Intipan

Views

Kami baharu sahaja memperolehi foto intipan Proton Persona facelift 2019 menerusi aplikasi Whatsapp yang dikatakan telah berjaya dirakam semasa menjalani penggambaran iklan. Foto rasmi awal model tersebut telah pun dikeluarkan oleh Proton baru-baru ini. Dikatakan lokasi penggambaran iklan Persona facelift ini dilakukan di Tamarind Square, Cyberjaya.

Nampaknya dalam foto ini kita dapat melihat warna baharu untuk Persona facelift yang kelihatan seperti gabungan warna merah dan ungu. Ia nampak menarik pada persekitaran luar dan kita juga boleh menyaksikan cahaya lampu nyalaan siang LED (DRL) model ini yang agak terang.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Rekaan jeriji hadapannya pada kami nampak lebih ringkas dan kemas berbanding Iriz facelift. Kali ini kemasan pada jeriji lebih menyerlahkan motif anyaman Infinite Weave yang disusun berlapis. Cuma logo Proton yang timbul di tengah-tengah jeriji pada pandangan kami nampak sedikit janggal dan terlalu tertonjol keluar dari sudut ini.

Secara keseluruhan reka bentuk wajah baharu Persona facelift nampak lebih matang dan mempunyai kesinambungan rekaan dari Iriz facelift dan X70 sekaligus menyerlahkan identiti keluarga baharu Proton. Kedua-dua model naik taraf Proton ini dijangka bakal dilancarkan secara serentak tidak lama lagi.

*KEMASKINI : Dua lagi foto intipan terbaharu kami perolehi sebentar tadi menerusi Jawa Lampam.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply