ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dahului saingan untuk memikat Proton

Views

Walaupun agak terkilan kerana artikel spekulasi kami semalam terpaksa diturunkan atas sebab tertentu, hari ini giliran The Star Online terus menghangatkan suasana mengenai siapakah yang bakal menjadi Rakan Teknikal kepada Proton. Sepertimana yang kami katakan, Geely Automobile Holdings Ltd kini mendahului saingan dan ia turut diikuti oleh PSA Group yang turut berminat untuk membida 51 peratus kepentingan dalam kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim.

Beberapa rombakan kecil pada posisi Ketua Eksekutif di bahagian operasi telah mula dilakukan sebagai persediaan kepada kemasukan Rakan Teknikal baharu Proton. Antara yang terlibat termasuklah Ketua Pegawai Teknikal, Abdul Rashid Musa yang kini menerajui Proton Edar Sdn Bhd, menggantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya, Rohime Shafie. Difahamkan Ketua Pegawai Teknikal yang baharu merupakan salah seorang yang pernah bertugas bersama Kumpulan Lotus di United Kingdom dan pertukaran tersebut telah berkuatkuasa mulai semalam.

Geely dan PSA mahu 51 peratus kepentingan dalam kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim dan kerajaan telah memberikan lampu hijau kepada syarikat asing untuk memiliki pegangan majoriti dalam kilang pengeluaran tersebut. Wakil dari kedua-dua belah pihak juga dikatakan hampir setiap hari berada di ibu pejabat Proton pada ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Datuk Madani Sahari berkata kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim merupakan aset paling bernilai untuk mendapatkan akses ke pasaran Asia Tenggara. Rakan Teknikal Proton pastinya akan mendapat akses segera untuk mengeluarkan kenderaan dengan Proton, dan ia juga bakal menjadi hab pengeluaran di Asean. Selain itu, Proton juga faham dengan citarasa Asean kerana telah berada dalam pasaran sejak awal 1980an lagi.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali mengumumkan kerjasama teknikal dengan Rakan Strategik Asing dijangka bakal dimuktamadkan seawal bulan April. Proton kini sedang meneliti cadangan yang dikemukakan dan daripada 14 pengeluar (OEM) yang berminat, tiga daripadanya telah pun disenarai pendek.

Langkah untuk mendapatkan Rakan Strategik Asing adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM1.5 bilion yang digunakan untuk melangsaikan hutang kepada pihak vendor. Buat masa ini hanya vendor yang membekalkan komponen telah mendapat bayaran, bagi membolehkan mereka terus membekalkan komponen kepada Proton, namun pembekal perkhidmatan masih lagi belum menerima bayaran masing masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

geely - proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • look at the positive, mungkin Geely can influence Volvo Shah Alam pindah ke Tanjung Malim ker…byk production skill boleh belajar especially for newer Volvo model. mana tau boleh push more volume utk Volvo utk compete with BMW(Kulim) & Merc (Pekan)…win2 utk semua org….in term of technology byk boleh share – although my suspect yg Geely sebenarnya more interested in Lotus yg byk untapped potential & EV tech. P1/Geely can improve in term of technology & platform…..terima sajalah impact globalization


      • Apa boleh buat zaman honeymoon Proton dh tamat. 30 tahun jadi lubuk kroni mamak cari makan.

        Kesan jangka panjang bila Madey syg sgt pd Mahaleel kasi si bodoh itu naik.. zaman itulah zaman gelap Proton. Proton lost time. Pastu kroni politik masuk kacau..

        skrg tuailah hasilnya.. yg teruk ialah krjn skrg lah nk cuci masalah lampau!


  • lepas ni time launching model2 baru boleh lah staf2 Proton GELIE2 dengan pmpuan China seksi..cover keta tu… ala2 world car maker lain gitew.. hahahahaa..
    sambil yammsengg botol whisky beer ?? sorry lah mana ada nk sopan2.. China doll style lah..

    51% majority.. suka ati aku lah Gelieee ckp.. hahaha


    • Fitnah geli2 wei. China doll

      Proton Holding Berhad dan kilang pemasangan Tanjung malim adalah 2 entiti. Kilang Tanjung Malim 100% milik PHB. Manakala PHB anak syarikat DRB yang memiliki 41% majoriti..


      • Lebih tepat lagi pegangan DRB dalam PHB adalah 42.7%.
        Pegangan PHB dalam kilang Pemasangan Tanjung Malim 100% ( semasa)

        Untuk pengetahuan 51% saham Kilang TMalim bernilai lebih 1 bilion


    • GM pernah hentar cadangan hendak beli kilang Tanjung Malim 50% share bernilai lebih myr800 juta pada 2012 wei. Waktu tu GM gawat sikit, cadangan ditangguhkan wei


  • Spekulasi demi spekulasi. Syarikat berskala bilion ringgit sememangnya tidak lari dari spekulasi seperti ini. Spekulasi disebar untuk menaikan lagi nilai saham atau sebaliknya. Sama ada spekulasi disebar oleh orang dalam atau pihak pesaing untuk sabotaj. Perang spekulasi perkara biasa jika anda berada dalam kolompok pentadbiran korporat sebuah organisasi besar.

    Spekulasi zaman dulu(zaman internet belum meluas) terjadi pada sebagian besar perdagangan komoditi. Tapi zaman dunia tanpa sempadan(internet berkelajuan tinggi) spekulasi diguna dalam pelbagai bidang terutamanya pelaburan, pasaran saham dan tukaran asing(forex).

    Spekulasi seperti di atas memberikan kelebihan kepada Geely Holding Group. Yang mana syarikat eropah dan barat tidak akan duduk senang dan terus menyiasat kewangan syarikat (termasuk anak syarikatnya Volvo & Geely Automobile Holdings) dan kebolehpercayaan pelaburan yang akan dibuat oleh Geely Holding Group dalam masa terdekat. Secara tidak langsung PHB akan menjadi sasaran Syarikat barat dan eropah serta mengapa Geely Holding Group mahu memiliki kepentingan dalam PHB.

    Kemudian perang spekulasi akan bermula antara syarikat gergasi sama ada untuk sabotaj pesaing atau meningkatkan lagi nilai saham syarikat mereka. Ianya perang yang amat dasyat, sama ada menang atau kalah. Syarikat yang yang menang spekulasi boleh berkembang secara drastik dalam masa yang singkat. Jika gagal, mereka boleh lumpuh dan banyak yang menjadi mangsa terutamanya perkerja bawahan, tiada kenaikan gaji, tiada bonus atau lebih teruk lagi ditamatkan perkhimatan atau dibuang kerja.

    Selain itu spekulasi disebar untuk tujuan lain seperti ingin mendapatkan kepentingan majoriti dalam syarikat yang akan dilabur. Atau lainnya mendapat tender atau projek berskala berbilion ringgit untuk tempoh yang panjang dan lama atau memberi keuntungan syarikat pelabur bagi jangka masa sederhana dan panjang melebihi 10 tahun.

    bersambung………..

Leave a Reply