Akhirnya pengeluar dari Sepanyol, Seat telah memperkenalkan generasi kelima Ibiza yang dibangunkan dari platform MWB A0 serba baharu yang bakal dikongsi bersama generasi baharu VW Polo dan Skoda Fabia. Untuk generasi kelima, Seat tidak lagi mengeluarkan varian tiga-pintu serta wagon dan hanya mengeluarkan versi lima-pintu sahaja.
Berbanding dengan model sebelumnya, ruang kabin Ibiza baharu kini lebih luas dan ruang kargonya bertambah lagi 63 liter kepada 355 liter secara keseluruhan. Penjana kuasanya kini mempunyai dua pilihan, enjin 1.5-liter TS berkuasa 147hp yang buat pertama kalinya diperkenalkan dan satu lagi enjin tiga-silinder 1.0-liter TSI yang berkuasa 93hp atau 113hp.
Transmisi lima-kelajuan manual akan digandingkan bersama enjin yang berkapasiti lebih kecil, manakala untuk enjin yang lebih berkuasa pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan klac-berkembar akan ditawarkan. Varian berspesifikasi FR akan menjadi model yang paling sporty dengan penampilan yang lebih dinamik serta sistem suspensi yang lebih keras serta menawarkan empat pilihan tetapan, Comfort, Eco, Sport dan Individual.
Ruang dalamannya pula menampilkan sistem infohiburan dengan pilihan skrin sesentuh bersaiz 5.0-inci atau 8.0-inci, pengecas tanpa wayar dengan amplifier GSM, Apple Car Play, Android Auto dan Mirror Link. Dari segi pemanduan, Ibiza turut dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemanduan, termasuklah Bantuan Hadapan dan Kawalan Pelayaran Adaptif. Ibiza bakal membuat kemunculan secara rasmi di Geneva Motor Show bulan Mac nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/02/geely-leads-in-bid-for-proton/
Technical partners may seek 51% stake in Tanjung Malim plant
PETALING JAYA: Chinese car manufacturer Geely Automobile Holdings Ltd is said to be leading the race to become the technical partner of national car manufacturer Proton Holdings Bhd.
Also, it is learnt that the national car manufacturer has made some changes to the top executives of its operations in preparation for the entry of a new technical partner.
Towards this end, among the changes are said to involve chief technical officer Abdul Rashid Musa being slated to take over the group’s sales division, Proton Edar Sdn Bhd, to boost sales.
According to sources, PSA Group of France, the second-largest car manufacturer in Europe which produces marques such as Peugeot and Citroen, is also actively undertaking due diligence work at Proton’s headquarters.
“However, between the two, Geely appears to show more interest. Both are busy with their due diligence at the moment … you can see both Geely and PSA officials at Proton’s headquarters almost everyday,” said sources.
Fuhh…design language sangat aggressive, timeless dan minimalist. Proton patut belajar dari SEAT macam mana nak design kereta yang betul betul memikat hati pembeli
Subjektif.
Sorry tak cantik.
Boleh bandingkan dengan Hot hatch 5 pintu brand lain dalam segment yang sama