ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely dedahkan MPV elektrik LEVC L380 di China, versi pemanduan kanan (RHD)

Berita Global

Views

L380 merupakan MPV elektrik serba baharu dari jenama London Electric Vehicle Company (LEVC) yang dimiliki oleh Geely.

Geely telah pun memohon lesen jualan di China, serta mendedahkan beberapa gambar dan spesifikasi utamanya.

LEVC L380 merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) bersaiz besar dengan ukuran melebihi 5.3 meter dengan susun atur enam atau lapan tempat duduk.

Dari segi dimensi, L380 berukuran 5,316 mm panjang, 1,998 mm lebar dan 1,940 mm panjang, manakala jarak antara gandar rodannya pula 3,185 mm. Versi mempunyai susun atur 2+2+2+2 dengan berat kerb 2,805 kg.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ia dijana motor elektrik tunggal 200 kW yang dibekalkan oleh Viridi E-Mobility Technology (Ningbo) Co. (VREMT) dan kelajuan tertingginya mencecah 170 km/j.

Ia dilengkapi pek bateri ternari NMC yang dihasilkan oleh syarikat usaha sama CATL dan Geely. Kapasiti baterinya hanya akan diumumkan kemudian.

L380 dibina berasaskan pelantar Space Oriented Architecture (SOA) LEVC yang telah diperkenalkan pada bulan Mei lalu.

Ia sebenarnya merupakan pelantar SEA Geely yang diubah suai sedikit, khusus untuk kenderaan komersial elektrik.

LEVC merupakan syarikat British yang diasaskan 1919 dan pada 2012, ia telah diambil alih oleh Geely. Buat masa ini, ia hanya mengeluarkan satu kereta sahaja, iaitu teksi LEVC TX.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

TX mempunyai versi elektrik-sepenuhnya (BEV) dan Extended Range Electric Vehicle (EREV). Ia dikeluarkan di Zhejiang, di kilang EVC New Energy Automobile Co., Ltd., di mana LEVC TX dipasang.

Sebelum ini, LEVC L380 dikenali dengan namakod XE08 dan foto intipan unit ujiannya telah pun berjaya dikesan pada bulan Jun lalu.

Masih belum jelas sama ada Xpsace akan dikeluarkan hanya untuk pasaran British, atau turut dijual di China kerana Geely telah pun memohon lesen jualan di China.

Foto kereta itu juga dilengkapi stereng dibahagian kanan, jadi ia akan dikhususkan untuk pasaran pemanduan sebelah kanan.

Tidak seperti di Eropah, jualan MPV tidaklah sebegitu ‘kencang’ di China. Walaubagaimanapun, L380 mungkin bersaing dengan beberapa minivan elektrik seperti Li Mega, Denza D9, Xpeng X9, Maxus Mifa 9, dan Zeekr 009.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply