ARKIB

KATEGORI

Advertorial

UD Trucks Hub Malaysia dan TCIE ‘ceriakan’ warga Shelter Home

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini beberapa kakitangan dari UD Trucks Hub Malaysia dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) telah menganjurkan satu program tanggungjawab sosial koporat (CSR) akhir tahun bertempat di Shelter Home, Petaling Jaya, Selangor.

Program selama setengah hari itu padat dengan pelbagai aktiviti, termasuklah kempen keselamatan jalan raya ‘memahami trak’, lawatan maya secara langsung ke Zoo Singapura dan program rakan pena dengan kanak-kanak dari rumah anak yatim di Filipina dan Jepun.

Acara bermula dengan ucapan ringkas oleh Pengurus Besar UD Trucks Hub Malaysia, Supriono Madayin di hadapan penjaga dan kanak-kanak terlibat.

Shelter Home yang diwujudkan sejak tahun 1981 membantu kanak-kanak yang didera, diabai atau berisiko yang memerlukan tempat selamat untuk tinggal. Ia juga memberikan kanak-kanak berkenaan pendidikan dan sokongan kaunseling.

Buat masa sekarang, rumah itu menjadi kediaman kepada 35 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia dari lima hingga 18 tahun.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

TCIE turut membawa trak tugas berat UD Quester yang dipamerkan di acara tersebut untuk memberi pengalaman sebenar kepada kanak-kanak ini.

Sekali gus membantu mereka memahami risiko, langkah-langkah keselamatan di sekeliling trak. dan penerangan asas tentang anatomi chasis dan ciri-ciri yang ada di dalam kabin pemandu.

Mereka kemudian dibawa mengelilingi trak supaya boleh mengetahui titik buta di bahagian belakang, hadapan dan sisi trak berkenaan.

Ia diteruskan dengan satu taklimat keselamatan tentang cara yang betul untuk naik dan turun dari kabin pemandu.

Kanak-kanak ini diberi peluang untuk naik ke dalam kabin pemandu dan mengetahui apa yang boleh dilihat atau tidak ketika memandu sebuah trak yang besar.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Mereka juga menonton tayangan beberapa video animasi keselamatan jalan raya yang mendidik mereka mengenai asas keselamatan jalan raya dan amalan pejalan kaki yang baik.

Anak-anak muda ini juga mengambil bahagian dalam pop kuiz ringkas tentang keselamatan jalan raya dan akhirnya menerima beg hadiah.

Kanak-kanak ini turut mengikuti aktiviti lawatan maya interaktif ke Zoo Singapura yang dipimpin oleh seorang ranger. Mereka berpeluang meneroka hidupan liar dan pengalaman pergi ke zoo dari tempat berbeza.

Lawatan maya itu membawa kanak-kanak ini untuk melihat secara dekat pelbagai jenis haiwan seperti orang utan, zirafah, badak sumbu, harimau dan kuda belang, selain peluang untuk belajar tentang habitat, diet dan jangka hayat haiwan-haiwan berkenaan.

Program rakan pena juga diadakan untuk kanak-kanak ini berkenalan dengan kawan-kawan baharu dari Filipina dan Jepun.

Program tersebut diakhiri dengan makan tengah hari. Mereka yang berminat untuk menyumbang atau melawat Shelter Home boleh menghubungi 03-79550663 atau 011-26110663.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply