ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Jiaji – Bakal pengganti Proton Exora?

Views

Geely memperkenalkan satu lagi model terbaharu mereka tahun ini selepas SUV kompak Bin Yue, yang merupakan MPV versi produksi model konsep VF11. Secara rasminya ia dinamakan sebagai Jiaji dan bakal ditawarkan dalam bberapa pilihan konfigurasi tempat duduk – lima, enam atau tujuh.

Buat masa ini spefikasinya masih lagi dirahsiakan, tetapi maklumat awal yang diperolehi sebelum ini, Jiaji berukuran 4,706 mm panjang, 1,909 mm lebar, 1,664 mm tinggi dengan jarak roda 2,805 mm. Rekabentuk Jiaji digayakan bercirikan sebuah MPV gaya Eropah dengan rekaan hadapan mewarisi genetik DNA Geely yang menampilkan jeriji hadapan ‘expanding cosmos’.

Garis badan sisi juga mempunyai gaya rekaan dari Bo Yue dan Bin Yue yang diinspirasikan dari seekor harimau yang sedang berlari. Jiaji menggunakan lampu hadapan jenis LED dengan kehadiran lampu nyalaan siang LED (DRL) di bahagian bampar. Ke bahagian belakang, Jiaji juga mengekalkan identiti rekaan yang ada pada Bin Yue dengan lampu belakang yang membentuk beberapa jalur cahaya halus dan ia bersambung dengan palang krom yang tertera tulisan Geely.

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

Bentuk tingkap kecil di bahagian tiang-D juga turut dipengaruhi gaya rekaan Bo Yue dan Bin Yue yang berlekuk dan bersambung dengan cermin belakang. Rekaan rimnya juga unik dengan 10 jejari dengan gabungan kemasan dua tona – krom dan gelap. Jiaji turut dilengkapi dengan bumbung suria panoramik yang menyerlahkan ciri kemewahannya. Pada mata kami, rekaan ini secukup rasa, tidak keterlaluan dan menepati citarasa mereka yang berkeluarga besar.

Jiaji bakal dipacu dengan penjana kuasa empat silinder suntikan terus 1.5 liter turbo berkuasa 177 hp yang dibangunkan oleh Geely bersama Volvo. Penjana kuasa generasi baharu ini terlebih dahulu dirasmikan oleh Bin Yue dan ia dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac tujuh kelajuan yang mampu menghasilkan 174 hp dan 255 Nm daya kilas.

Dikhabarkan juga Jiaji bakal mempunyai pilihan yang lebih mesra alam, versi plug-in hybrid yang menggunakan enjin yang sama dengan tambahan motor elektrik. Satu lagi versi, iaitu elektrik sepenuhnya hanya akan menyusul setelah versi petrol dan PHEV dilancarkan. Jiaji dikatakan bakal calon berpotensi bagi menggantikan Exora yang terlalu lama berada di pasaran.

Pada pendapat kami, eloklah disegerakan pelancaran generasi baharu Exora supaya ia kembali menjadi MPV pilihan keluarga Malaysia nanti. Adakah nama Exora akan dikekalkan atau diberi nama baharu nanti? Kami pun masih belum ada jawapannya lagi. Tunggu je lah ye!

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply