ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

Views

Nak masuk enjin turbo siap ada bunyi “kepish, kepish..” kat kereta standard anda? Ataupun nak ganti enjin kereta lain tapi model yang sama untuk ganti enjin kereta anda yang dah rosak tu? Tahu ke tidak bagaimana prosedurnya? Kami nak kongsikan satu panduan khusus yang dikeluarkan oleh laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan mengenai langkah-langkah untuk prosedur penukaran enjin. Jom baca!

Prosedur Penukaran Enjin

Langkah pertama : Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen-dokumen seperti :

  • Surat kastam 1
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  • Kenderaan

Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan.

Contoh : Kereta

  • (Ujian brek) lulus/gagal dapat laporan VR1 – RM35
  • (Ujian keseluruhan) lulus/gagal dapat laporan B2 – RM25

* Wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan tersebut. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran yang lain.

Langkah kedua : Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, isi borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru. Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. (jika wakil hadir sertakan salinan myKAD pemilik kenderaan dan wakil yang hadir). Selesai. Tiada bayaran dikenakan, ianya percuma, kecuali ingin mendapatkan VOC yang baharu, bayaran RM50 dikenakan.

JOM BACA >> INFO: SUV Perodua (D38L) dan Toyota Rush, apa yang berbeza?

Langkah ketiga : Kalau melibatkan kes atau permasalahan salah satu di bawah wajib berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif (KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.

Enjin melebihi 30 peratus dari enjin asal.

Contoh : 1.3cc tukar 1.8cc. Cara pengiraan 30 peratus

(Enjin Baru : 1800 ) – (Enjin Lama : 1300 )
——————————————————- X 100 = 38.46 peratus

Contoh : (Enjin Lama : 1300 )

  • Tukar enjin berlainan model contoh Naza kepada Nissan.
  • Tukar bahan bakar kenderaan contoh dari petrol ke diesel.

Langkah keempat : Selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif(KA), baru hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan membuat pengesahan butiran kenderaan di JPJ.

*Nota penting : Jika beli enjin dengan kawan-kawan perlu dan wajib buat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1. Bukan apa, takut terbeli enjin curi ke apa kan kes niaya nanti. Selamat mencuba!

JOM BACA >> INFO: Proton Iriz MC2 bakal guna kotak gear baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Kalau pertukaran dari engine diesel ke petrol contohnya, 2LT ke 1JZ-GTE. Adakah dibenarkan? Dan adakah ianya perlu melalui kejuruteraan automotif JPJ kemudian baru ke puspakom dan jpj kembali?

Leave a Reply