ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta konsep baharu Perodua bakal buat kejutan di KLIMS18

Views

Perodua awal-awal lagi sudah mengesahkan kemunculan sulung kereta konsep terbaharu mereka di Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) yang bakal berlangsung dari 23 November hingga 2 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Dengan bertemakan Illumination atau Iluminasi (Penchayaan), kereta konsep ini dijangka memberi kejutan kepada para pengunjung pameran itu nanti.

Buat masa ini masih belum ada apa-apa foto acah model konsep tersebut dan kami juga masih belum mendapat gambaran awal mengenainya. Tidak dipastikan juga sama ada SUV tujuh tempat duduk terbaharu Perodua (D38L) akan turut berada di pentas yang sama nanti. Mungkin jika ada, ia hanyalah untuk diintai-intai atau dibawa dalam bentuk yang lain, kami pun tidak pasti lagi.

JOM BACA >> Perodua syarikat EEV No 1 di Malaysia – Capai pengeluaran setengah juta unit

Jika dalam edisi KLIMS13 sebelumnya lima tahun yang lalu, Perodua telah membawa model konsep sedan yang dinamakan GMS (Global Model Sedan) Buddyz dan juga arca rekaan dalaman model hatchback kompak GMA (Global Model A Segment) Space. Hasilnya model konsep Buddyz telah diproduksikan sebagai model Bezza dan arca rekaan dalaman model hatchback kompak tersebut sebenarnya rekaan dalaman model Axia.

Adakah anda bersedia untuk melihat kejutan terbaharu Perodua di KLIMS18 nanti? Kami pun teruja sebenarnya, al maklumlah, dah lima tahun pameran macam ni menghilang dan kini ia bakal menjelang tiba tak lama lagi. Dah beli tiket secara atas talian ke belum?

JOM BACA >> MESTI BACA: Tak tahu prosedur penukaran enjin? Jom ikut panduan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply