ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Concept Icon – Bayangan model generasi baharu Boyue?

Views

Sempena Beijing Motor Show 2018 yang membuka tirainya semalam, Geely antara salah satu wakil tuan rumah yang membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep SUV, dikenali sebagai Concept Icon. Berkongsi pelantar yang sama dengan Volvo XC40, Icon merupakan sebuah crossover kompak yang membawa halatuju baharu gaya rekaan Geely masa hadapan.

Info menarik tentang Geely Concept Icon:

  • Pembangunan rekabentuk Concept Icon dilakukan di studio rekabentuk Geely di Shanghai, diketuai oleh ketua pereka, Guy Burgoyne.
  • Secara kasar gaya rekabentuk model ini banyak dipengaruhi oleh Range Rover Evoque, terutama di bahagian cermin hadapan dan rekaan bumbung yang rata.
  • Rekabentuk lampu hadapan dan belakang yang nipis diinspirasikan dari simbol infiniti.
  • Bukaan pintu “suicide door” tanpa tiang-B di tengah bagi memudahkan penumpang keluar masuk selain memberi visual kabin yang lapang.
  • Ruang kabin direka berkonsepkan minimalis dengan gabungan elemen yang futuristik dan bergaya.
  • Penampilan pertama logo Geely gaya baharu yang nampak lebih ringkas dan eksklusif di bahagian depan dan stereng.

Kami berpendapat, ada kemungkinan Concept Icon memberi bayangan kepada model Boyue generasi baharu kerana ada beberapa unsur rekaan pada model konsep ini ada kesinambungan dengan Boyue. Di China, Boyue kini memasuki fasa facelift dengan kitaran hayatnya dijangka sekitar dua tahun sebelum generasi baharunya mengambil tempat. Jangkaan kami, Boyue generasi baharu akan muncul seawal tahun 2020 dan mungkin mempunyai pilihan penjana kuasa plug-in hibrid dan elektrik sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply