ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Bin Yue – Bakal SUV kompak Proton dengan ‘harga marhaen’

Views

Selepas X70, dua lagi adik-beradiknya di Geely bakal memakai lencana Proton, iaitu sebuah SUV kompak Bin Yue (SX11) dan MPV Jiaji (VF11). Antara kedua-dua model tersebut SUV kompak Bin Yue (SX11) adalah model yang paling dinanti-nantikan. Berada dalam segmen B dan di posisi lebih bawah dari X70, ia baharu sahaja dilancarkan secara rasmi ke pasaran China pada awal November lalu.

Dibina dari pelantar B-segment Modular Architecture (BMA) yang dibangunkan secara usaha sama dengan Volvo yang sangat fleksibel dan boleh dipelbagaikan kepada beberapa model yang berbeza. Pelantar ini turut dikongsi bersama dengan dengan Volvo XC40 generasi baharu dan juga Lynk & Co 01. Di China, tanda harga yang diletakkan pada model Bin Yue sangat ‘marhaen’ iaitu antara RM47,000-RM72,000 (78,800 Yuan-118,800 Yuan).

Jika harga ini menjadi ukuran, Bin Yue yang kami jangka bakal menggunakan nama Proton X50 mungkin menjadi SUV kompak dengan reka bentuk moden pada harga paling kompetitif. Kehadirannya nanti bakal mencetus kegerunan ‘tahap dewa’ kepada pencabarnya seperti Honda HR-V dan Toyota C-HR yang berharga hampir sekali ganda. Mungkin juga ia bakal memberi tempias kepada model kembar SUV terbaharu Perodua (D38L) dan Toyota Rush baharu serta Honda BR-V.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

Bin Yue diberi pilihan dua penjana tenaga dengan kapasiti 1.5L dan 1.0L. Enjin 1.5L yang dipadankan bersama kotak gear Dwi-Klac (DCT) 7-kelajuan ini mampu menjana 174hp dan 255Nm daya kilas, manakala gandingan enjin 1.0L dengan transmisi manual 6-Kelajuan mampu menghasilkan 134hp dan 205Nm daya kilas.

Apa yang menarik, model ini dilengkapi dengan sistem teknologi pemanduan autonomi Tahap 2 (Level 2) seperti Kawalan Jelajah Pintar (ICC) yang berfungsi sehingga kelajuan 150 km/j serta mampu menukar lorongnya sendiri dan Bantuan Parkir Automatik (APA). Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengecaman pejalan kaki, Pengesan Titik Buta (BSD).

Tidak cukup dengan itu, Bin Yue mempunyai beberapa ciri lain yang menarik seperti kerusi elektrik, pendingin hawa dwi-zon dengan kawalan iklim, kemasukan nirkunci (keyless), kemasan kulit, tuil gear pada stereng, kelompok meter digital dengan panel LCD bersaiz 7 inci, unit infohibur seakan terapung bersaiz 10.25 inci, enam pembesar suara dan juga ciri arahan suara seperti X70 dengan 4G dan WiFi.

Dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang moden serta menawan, kami yakin Proton dan Geely tidak akan melengahkan lagi pengenalan model ini kerana ia bakal menjadi “pengubah permainan” dalam segmen SUV kompak. Kami menjangkakan bakal Proton X50 ini bakal dijual dengan tanda harga antara RM50,000 hingga RM75,000 dan jika ada banyak kandungan tempatan pada model ini nanti, sudah pasti tanda harganya akan jauh lebih menarik lagi. Nantikan!

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Proton Juara replacement, microvan… Boleh dipertimbangkan untuk pasaran Asia tenggara pada 2020.. Mengekalkan rekabetuk berkotak tetapi lebih futuristic dan modern… Dengan enjin bersesaran 1.0L i4 atau 1.0L TGDI 3 silinder… Sistem keseamatan termini Dan modern… Pasaran Asia tenggara besar dan permintaan tinggi untuk kereta Jenis microvan kecuali Malaysia dan singapura…


  • Proton Juara replacement, microvan… Boleh dipertimbangkan untuk pasaran Asia tenggara pada 2020.. Mengekalkan rekabetuk berkotak tetapi lebih futuristic dan modern… Dengan enjin bersesaran 1.0L i4 atau 1.0L TGDI 3 silinder… Sistem keselamatan terkini Dan modern… Pasaran Asia tenggara besar dan permintaan tinggi untuk kereta Jenis microvan kecuali Malaysia dan singapura…

Leave a Reply