ARKIB

KATEGORI

Buletin

GEV Patagonia – ‘Motorhome off-road’ mewah untuk kembara lasak

Berita Global

Views

Kalau anda ingin mengembara ke serata dunia tetapi tidak mahu menaiki pesawat berulang kali, mungkin kenderaan ini sesuai untuk anda. Ia dinamakan GEV Patagonia dan dibina oleh syarikat Global Expedition Vehicles. Patagonia merupakan ‘motorhome’ mewah dengan keupayaan untuk menempuh laluan lasak.

Ia dibangunkan dari casis lori Kenworth K370 dan harganya pula agak ‘keras’, dianggarkan sekitar $465,000 (RM1.89 juta) seunit. Kenderaan ini mempunyai beberapa pilihan dan konfigurasi. Motorhome off-road ini juga boleh dibina dengan casis lain seperti Freightliner, MAN, dan Mercedes selain Kenworth.

Bahkan ia juga boleh dibina dari casis Unimog. Bergantung kepada casis, dimensi Patagonia mempunyai ukuran antara 5.3 meter dan 8.8 meter panjang. Badannya diperbuat daripada panel gentian kaca yang diperkukuhkan dengan penebat dan jika diperhatian pada foto-foto di bawah, ia boleh memuatkan ruang dapur yang agak luas, bilik mandi dan kati bersaiz queen.

JOM BACA >> Land Rover menang kes ‘klon Evoque’

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan meja makan yang boleh bertukar menjadi ruang tidur. Pelanggan juga boleh memilih ruang dalaman mengikut citarasa mereka dan ini termasuk ruang penyimpanan yang mampu memuatkan sebuah ATV.

Untuk menjadikannya lebih lasak, ia dilengkapi dengan roda dan tayar off-road, muncung depan yang lebih pendek, bull bar yang besar dan sangkar pada bahagian bumbung. Namun begitu, Patagonia bukanlah kenderaan yang direka untuk menyusuri tapak perkhemahan.

Ia lebih sesuai di tempat yang terbuka dan membolehkan pemiliknya bersantai sambil bertemankan bintang-bintang di langit pada waktu malam. Amacam, ada berani ke nak tempah GEV Patagonia ni? Kalau wang anda terlebih banyak dan sukakan aktiviti pengembaraan lasak, mungkin ia sesuai dengan jiwa anda!

JOM BACA >> INTIP : Proton teruskan ujian X70 CKD, Iriz dan Saga facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply